Utusan Borneo (Sarawak)

Kes keganasan terhadap wanita membimbang­kan: Fatimah

-

KUCHING: Kes keganasan rumah tangga melibatkan keganasan terhadap wanita di negeri ini terus membimbang dengan menyaksika­n trend peningkata­n bilangan kes dilapor setiap tahun.

Malah Menteri Kebajikan, Wanita dan Kesejahter­aan Komuniti Datuk Fatimah Abdullah ketika mendedahka­n perkara tersebut berkata, jumlah kes dilapor tahun lepas mencatat jumlah paling teruk berbanding dua tahun sebelumnya.

“Statistik keganasan rumah tangga dilapor pada Januari hingga Disember tahun lalu sebanyak 427 kes, iaitu lebih teruk berbanding 2014 dan 2015.

“Jumlah itu ternyata paling tinggi berbanding kes keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak lain termasuk rogol (138 kes), cabul kehormatan ( 41 kes), liwat (12 kes), penderaan kanakkanak (28 kes) dan buang bayi (10 kes).

“Manakala dalam tempoh dua bulan pertama (Januari-Februari) tahun ini, sekali lagi kes keganasan rumah tangga mencatat kes tertinggi iaitu sebanyak 73 kes dilaporkan berbanding kesalahan lain seperti rogol (20 kes), cabul kehormatan (8 kes), liwat (1 kes), penderaan kanak-kanak (5 kes) dan buang bayi belum merekod sebarang kes berlaku tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis sambutan Hari Wanita Antarabang­sa Peringkat Negeri Sarawak 2017 bertempat di Yayasan Sarawak, di sini semalam.

Bertemakan ‘Berani Untuk Berubah: Kuasa Wanita’, sambutan itu turut dihadiri isteri Ketua Menteri Datin Amar Juma’ani Tuanku Bujang.

Sehubungan itu, beliau menyeru semua pihak berkaitan memain peranan penting dalam usaha untuk mengurangk­an dan menghalang kes keganasan rumah tangga dari terus menular dalam masyarakat kita pada hari ini.

“Keganasan rumah tangga lazimnya dikait sebagai masalah dalaman keluarga dan secara umumnya difahami sebagai corak penderaan dan tingkah laku paksaan boleh mendatang kecederaan fizikal, gangguan psikologi dan emosi, paksaan seksual serta penindasan kewangan terhadap mangsa.

“Justeru, semua pihak perlu bertindak termasuk ibu bapa, komuniti serta agensi yang dipertangg­ungjawabka­n bagi menangani masalah keganasan rumah tangga ini yang mana kita dapati ia berhubung kait dengan masalah penyalahgu­naan dadah, arak, judi mahupun hutang,” katanya sambil menambah wanita perlu berubah dan berani keluar dari kepompong ketakutan sekiranya berdepan dengan kes sedemikian.

Agensi dipertangg­ungjawabka­n bagi menangani masalah tersebut, ujarnya termasukla­h Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS), Lembaga Penduduk dan Pembanguna­n Keluarga Negara (LPPKN), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) serta Jabatan Kesihatan Negeri.

Hadir sama Menteri Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Pembanguna­n Keluarga Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali dan Pengarah Jawatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS) Noriah Ahmad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia