Utusan Borneo (Sarawak)

Proses latihan amali doktor pelatih dikaji semula

106 pegawai perubatan dibuang kerja kerana ponteng dipercayai akibat tekanan tugas: Ali Hamsa

- Oleh Mohamad Norhadie Sahari

MIRI: Seramai 106 pegawai perubatan majoritiny­a terdiri daripada doktor pelatih dibuang kerja kerana tidak hadir tugas lebih 400 hari kemungkina­n berpunca daripada tekanan tugas harian.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata, ia satu kerugian berikutan ada dalam kalangan mereka cemerlang dalam bidang perubatan serta ada ditanggung kerajaan.

“Kita mengkaji semula proses latihan amali perlu dijalani doktor pelatih kerana tidak mahu mereka berasa tekanan atau sakit jiwa masa bertugas,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Program Ziarah Kebajikan Persatuan Pegawai Suri dan Anggota Wanita Perkhidmat­an Awam Malaysia (PUSPANITA) di Hospital Miri semalam.

Ali Hamsa berkata kemungkina­n doktor pelatih ini meng- hadapi tekanan berlebihan dan kerajaan berasa terpanggil mencari punca tidak hadir atau menghilang diri daripada tugas.

Menurutnya masalah tekanan ini berlaku di seluruh negara tanpa mengira jenis hospital atau lokasi, sehubungan itu doktor pelatih ini perlu meluangkan masa membantu satu sama lain.

“Kita faham bidang tugas sektor perubatan ini amat serius dan kita berharap doktor berpengala­man memantau doktor pelatih atau membantu menghadapi tekanan semasa bertugas,” jelasnya.

Ali Hamsa berkata bagi memastikan sejumlah 400 kekosongan pegawai perubatan diisi, kerajaan menawar jawatan secara kontrak menambah doktor baharu.

“Kita menawarkan jawatan secara kontrak bagi tempoh tiga tahun kepada doktor baharu. selepas itu mereka boleh memilih sama ada ingin terus bekerja di sektor awam atau swasta,” jelasnya.

Ali Hamsa turut berpuas hati kemudahan di Hospital Miri termasuk perkhidmat­an cemerlang kakitangan hospital berkenaan disifat antara hospital terbaik di Malaysia.

Menurutnya suasana pekerja kondusif dan selesa turut mem- beri kesan kepada prestasi kerja sektor perkhidmat­an awam khasnya bagi pegawai dan petugas Hospital Miri.

Ali Hamsa juga berharap kontraktor yang berjaya mendapat tender kerajaan untuk membina atau membaikpul­ih bangunan kerajaan agar melaksanak­annya mengikut tempoh yang ditetapkan.

Sebagai contoh, projek untuk Kementeria­n Pendidikan dan Kementeria­n Kesihatan perlu diberi perhatian segera kerana rakyat amat memerlukan perkhidmat­an dari dua kementeria­n itu.

Hadir sama ialah Yang Dipertua PUSPANITA Puan Sri Datuk Rohani Abdullah, Ketua Pengarah Perkhidmat­an Awam Datuk Seri Zainal Rahim Seman, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Othman Mahmood, Pengarah Jabatan Kesihatan Sarawak Dr Jamilah Hassim dan Pengarah Hospital Miri Dr Jack Wong Siew Yu.

Kita mengkaji semula proses latihan amali perlu dijalani doktor pelatih kerana tidak mahu mereka berasa tekanan atau sakit jiwa masa bertugas. Tan Sri Dr Ali Hamsa Ketua Setiausaha Negara

 ??  ?? CERIA: Kelihatan seorang pesakit wad kanak-kanak Hospital Miri kelihatan ceria menerima kunjungan serta sumbangan daripada Ali Hamsa (kanan) dan Rohani (dua kanan).
CERIA: Kelihatan seorang pesakit wad kanak-kanak Hospital Miri kelihatan ceria menerima kunjungan serta sumbangan daripada Ali Hamsa (kanan) dan Rohani (dua kanan).
 ??  ?? BERI SUMBANGAN: Ali Hamsa (tiga kiri) menyampaik­an replika cek RM30,000 kepada Dr Jack Wong Siew Yu (empat kanan) pada Program Ziarah Kebajikan PUSPANITA di Hospital Miri semalam.
BERI SUMBANGAN: Ali Hamsa (tiga kiri) menyampaik­an replika cek RM30,000 kepada Dr Jack Wong Siew Yu (empat kanan) pada Program Ziarah Kebajikan PUSPANITA di Hospital Miri semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia