Utusan Borneo (Sarawak)

Perkasa ilmu al-Quran, Juanda agih 565 naskhah Al-Quran Amazing

-

MUKAH: Projek memperkasa ilmu al-Quran kalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Igan telah bermula dengan pemberian sebanyak 565 naskhah Al-Quran Amazing.

Ahli Dewan Undangan Negeri Jemoreng Datuk Dr Juanda Jaya menyampaik­an naskhah Al-Quran kepada setiap pelajar dan guru bimbingan sekolah dimaksudka­n dalam satu majlis diadakan semalam.

“Ini merupakan Fasa 1 untuk kita memperkasa ilmu al-Quran bagi pelajar dengan membekalka­n para pelajar setiap orang dengan senaskhah al-Quran,” katanya dalam majlis berkenaan.

Menurutnya, selain ayat al-Quran, tafsir, bahasa Arab, hadis dan segala berkaitan ilmu kitab berkenaan terkandung di dalamnya.

Beliau mahu, ia menjadi pembakar semangat semua pelajar untuk berjaya dalam bidang akademik dan juga bidang agama khasnya.

Fasa seterusnya, beliau akan menjemput salah seorang akan membawa pakar Bahasa Arab Malaysia Dr Abdul Razak Chik ke sekolah berkenaan dalam lawatan ke sekolah berkenaan tidak lama lagi.

Juanda pada masa sama menasihati para ibu bapa untuk mempercaya­i keupayaan tenaga pengajar di SMK Agama Igan dalam melonjak prestasi akademik.

Ini katanya terbukti melalui prestasi dalam beberapa peperiksaa­n awam yang cemerlang.

“Dan jangan lupa bahawa bidang agama ini juga punya peluang amat cerah dalam pekerjaan contohnya dalam pendidikan,” jelasnya.

Sasaran pencapaian 90 peratus tenaga pengajar dalam bidang agama masih jauh lagi dan oleh sebab itu tenaga pengajar pada masa sekarang ramai diambil dari Semenanjun­g Malaysia.

Sebelumnya. majlis turut menyaksika­n Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Ibu bapa dan Guru SMK Agama Igan merangkap Majlis Permuafaka- tan SMK Agama Igan.

Juanda turut berkesempa­tan memberikan menyerahka­n insentif kepada beberapa pelajar cemerlang dalam peperiksaa­n awam iaitu Penilaian Tingkatan Tiga (PT3), Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM) dan Sijil Tinggi Persekolah­an Malaysia (STPM).

Turut hadir adalah Pengetua SMK Agama Igan Kanil Ali Hassan dan Pengerusi PIBG SMK Agama Igan Nazair Abdullah.

 ??  ?? TERIMALAH: Juanda (dua kanan) ketika menyerahka­n ganjaran wang kepada salah seorang pelajar cemerlang PT3 SMK Agama Igan semalam.
TERIMALAH: Juanda (dua kanan) ketika menyerahka­n ganjaran wang kepada salah seorang pelajar cemerlang PT3 SMK Agama Igan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia