Utusan Borneo (Sarawak)

Rakyat harus terus sokong kerjasama negeri dan pusat

-

LUNDU: Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menggesa rakyat di negeri supaya terus menyokong kepimpinan kerajaan pusat dan negeri sedia ada.

Sokongan berterusan daripada rakyat ini adalah penting dalam usaha kerajaan untuk menangani cabaran ekonomi dan lainlain bentuk cabaran bakal mendatang.

“Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg komited untuk menangani isu dihadapi rakyat seperti tanah Hak Adat Bumiputera (NCR).

“Saya yakin bahawa platform dibuat oleh ketua menteri akan memberi manfaat negeri ini secara keseluruha­n terutama komuniti luar bandar dimana pembanguna­n infrastruk­tur akan disalur ke kawasan luar bandar.

“Oleh itu, saya sekali lagi menggesa rakyat meneruskan sokongan kepada Barisan Nasional (BN) seperti mana diberi kepada Datuk Amar Jamilah Anu dan Allahyarha­m suaminya, Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem pada pilihan raya sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyerahan baucar Ban- tuan Rakyat Satu Malaysia (BR1M) bagi peringkat N.3 Tanjong Datu di Dewan Masyarakat Lundu di sini semalam.

Bercakap mengenai majlis itu, Wan Junaidi juga Ahli Parlimen Santubong berkata sebanyak 14,366 permohonan BR1M dari kawasan Parlimen ini diluluskan bagi tahun 2017 melibatkan peruntukan sebanyak RM5.74 juta.

Daripada jumlah itu, Tanjong Datu merekodkan penerima teramai iaitu seramai 6,962 penerima diikuti Demak Laut dan Pantai Damai dengan jumlah penerima masing- masing seramai 3,727 dan 3,677.

Pada majlis itu semalam, Wan Junaidi menyerahka­n baucar BR1M kepada seramai 484 penerima pertama dengan 39 daripadany­a dari Opar dan selebihnya 445 merupakan penerima Tanjong Datu.

“BR1M ini merupakan skim kebajikan sosial oleh kerajaan untuk membantu meringanka­n beban rakyat terutama dalam keadaan ekonomi masa kini,” katanya.

Turut hadir pada majlis itu semalam, isteri beliau Datin Seri Fiona Sim Junaidi dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Opar, Ranum Mina.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia