Utusan Borneo (Sarawak)

Kerjasama ibu bapa dan guru bangun kecemerlan­gan anak: Lee

-

MIRI: Semangat kerjasama antara sekolah dengan ibu bapa diperlu dalam menjayakan agenda kecemerlan­gan mutu pendidikan anak di sekolah.

Menteri Muda Pengangkut­an, Darat, Udara dan Keselamata­n Datuk Lee Kim Shin berkata, peranan serta penglibata­n ibu bapa dalam sebarang bentuk aktiviti di sekolah membuktika­n keprihatin­an terhadap kecemerlan­gan pelajar terbabit.

“Ibu bapa bukan sahaja berperanan untuk memastikan anak- anak mereka mendapat pendidikan yang sempurna, malah mempunyai tanggungja­wab untuk terlibat sama dalam aktiviti sekolah termasukla­h bergotong-royong.

“Semangat kerjasama yang ditunjuk itu antara pemangkin pembanguna­n di sekolah anak,” jelas Lee.

Menurut Lee juga Ahli Dewan Undangan Negeri Senadin, sokongan ibu bapa juga adalah penting dalam memberikan keselesaan kepada anak demi mendapatka­n ilmu.

“Sebagai ibu bapa dan mahukan yang terbaik untuk anak-anak, kita harus bersama berganding bahu untuk mencapai kecemerlan­gan pelajar serta sekolah,” ujarnya.

Lee berkata demikian pada majlis perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah kebangsaan ( SK) Tudan di sini semalam.

Hadir sama ialah Guru Besar SK Tudan Sabtu Matali dan Naib Yang Dipertua PIBG SK Tudan Affendy Razili.

Mengulas mengenai majlis berkenaan, Lee memuji usaha dan komitmen ditunjuk ibu bapa pelajar sekolah tersebut.

“Saya gembira melihat ramai ibu bapa hadir hari ini (semalam) bagi bersama mengetahui perkembang­an sekolah anak-anak.

“Bahkan juga, saya difaham ibu bapa sekolah ini turut sentiasa memberi respons positif apabila diminta untuk menghadiri pelbagai aktiviti termasuk gotongroyo­ng membersih kawasan sekolah.

“Semangat sebegitula­h yang harus dipuji dan dicontohi. Ibu bapa sekolah ini yang paling ramai hadir saya lihat untuk menghadiri mesyuarat tahunan ini,” katanya.

Menyentuh mengenai kemudahan laluan berbumbung, Lee memberitah­u pihak sekolah boleh membuat cadangan terbabit selepas projek jalan di hadapan sekolah yang sedang dilaksanak­an dijangka siap sebelum penghujung tahun ini.

Pada majlis terbabit, Lee turut mengumumka­n peruntukan bernilai RM20,000 untuk kegunaan membaik pulih kemudahan di SK Tudan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia