Utusan Borneo (Sarawak)

Bijak pilih pengajian tepati pasaran kerja: Fatimah

Pelajar perlu realistik dan pragmatik kerana masih ramai graduan masih belum dapat mencari kerja

- Oleh Sandy Mark Luna

KUCHING: Pelajar perlu bijak memilih bidang pengajian bagi memastikan kursus yang diambil menepati kehendak pasaran kerja sejurus tamat pengajian, kata Menteri Kebajikan, Wanita dan Kesejahter­aan Komuniti Datuk Fatimah Abdullah.

Menurutnya, pelajar perlu realistik dan pragmatik ketika memilih bidang pengajian dengan mengambil kira apa mereka mahu untuk masa depan dan lihat jika pilihan tersebut memenuhi pasaran kerja.

“Pelajar perlu memilih bidang pengajian yang membawa mereka ke arah kerjaya bagi mendapat permintaan pasaran.

“Ini merupakan satu isu penting kerana setakat ini, masih ramai graduan sama ada universiti awam atau swasta masih belum dapat mencari kerja,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Pameran Pendidikan Antarabang­sa

Pelajar perlu memilih bidang pengajian yang membawa mereka ke arah kerjaya bagi mendapat permintaan pasaran. Datuk Fatimah Abdullah Menteri Kebajikan, Wanita dan Kesejahter­aan Komuniti

Borneo Post (BPIEF) Edisi Kelapan di Vivacity Megamall, di sini, semalam.

Hadir sama, Pengarah Editorial Borneo Post dan Utusan Borneo merangkap Pengurus Besar Operasi, Phyllis Wong dan Pengerusi BPIEF Dorge Rajah dan Pengurus Kawasan Kumpulan See Hua, Wong Sing Seng.

Fatimah turut menggesa lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolah­an Malaysia (STPM) untuk berkunjung ke pameran pendidikan seperti BPIEF untuk membantu mereka dalam membuat keputusan yang boleh mem- bantu membentuk kehidupan masa depan mereka.

Menurutnya, pameran pendikan seperti itu menyediaka­n platform bagi kaunselor, pendidik, dan wakil institusi untuk membantu merancang laluan pendidikan.

“Golongan dewasa bekerja juga boleh mengambil kesempatan melakar laluan kerjaya mereka dengan melihat insititusi atau penyedia latihan kemahiran,” katanya.

Selaku Penaung BPIEF, Fatimah turut memuji usaha konsisten Borneo Post dalam menganjurk­an pameran itu sebagai tanggungja­wab sosial korporat kepada masyarakat di Sarawak.

Majlis turut menyaksika­n beliau menyampaik­an hadiah tempat pertama bagi rekaan ruang Pameran Terbaik ke- pada Universiti UCSI.

Tempat kedua dimenangi Kolej dan Universiti SEGi manakala Kolej Universiti Teknologi Sarawak (UCTS) mendapat tempat ketiga.

 ??  ?? BPIEF EDISI KELAPAN: Fatimah berjabat tangan dengan pempamer. Turut kelihatan, Phyllis (tiga kanan) dan Dorge (kanan).
BPIEF EDISI KELAPAN: Fatimah berjabat tangan dengan pempamer. Turut kelihatan, Phyllis (tiga kanan) dan Dorge (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia