Utusan Borneo (Sarawak)

Balai Bomba Daro siap Julai 2019

Projek memperkasa keselamata­n penduduk khasnya ketika kebakaran

- Oleh Rohana Wahed

KUCHING: Penantian penduduk Daro termasuk Matu serta kawasan pesisir sekitarnya supaya memiliki kemudahan perkhidmat­an bomba bakal berakhir apabila sebuah balai bomba bernilai RM6.8 juta itu bakal siap sepenuhnya pada 1 Julai 2019.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro Safiee Ahmad menjelaska­n, pembinaan yang mengambil masa 18 bulan itu sekurangku­rangnya memberi harapan baharu kepada penduduk yang selama ini menjadi isu hangat setiap kali berlaku kebakaran.

Jelasnya, ia sejajar usaha kerajaan memperkasa perkhidmat­an keselamata­n penduduk setempat kerana sebelum ini kawasan Daro dan sekitarnya tidak memiliki balai bomba dan kes kebakaran hanya mendapat bantuan pasukan keselamata­n tempatan lain selain bantuan penduduk kampung.

“Balai bomba ini kelak dilengkapi kemudahan asas seperti balai bomba di bandar besar. Inilah jawapan kepada penantian lama penduduk di sini. Saya harap pembinaann­ya berjalan lancar tanpa sebarang kekangan lain,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurn­akan majlis perasmian Program Mobile CTC di Kampung Penasu di sini semalam.

Balai bomba ini kelak dilengkapi kemudahan asas seperti balai bomba di bandar besar. Inilah jawapan kepada penantian lama penduduk di sini. Saya harap pembinaann­ya berjalan lancar tanpa sebarang

lain. ” kekangan Safiee Ahmad ADUN Daro

Hadir sama Pegawai Kewangan Persekutua­n Sarawak, Mohd Saiful Sungkih Abdulah, Pegawai Daerah Daro Abang Mohd Abang Turkey dan Pegawai Khas Parlimen P.207 Igan, Ahmad Jonie Zawawi.

Safiee turut mengumumka­n lebih 400 penduduk rumah panjang DUN Daro turut dilengkapk­an dengan kemudahan bekalan elektrik.

Jelasnya, itu termasuk kawasan jauh seperti Empati, Risa dan Lapok yang keseluruha­n penduduk cuma 80 pintu.

“Majoriti penduduk petani dan nelayan dan saya berasa lega kerana perjuangan mendapat bekalan elektrik untuk mereka dapat direalisai,” jelasnya.

Menambah lanjut, jelas Safiie, projek yang dilaksana melalui program Bekalan Elekterik Luar Bandar dengan kaloborasi Kementeria­n Luar Bandar dan Wilayah sudah pasti memberi cahaya baharu kepada pendudukny­a.

Terdahulu, Safiee turut menjelaska­n mengenai Program Pusat Transforma­si Komuniti Bergerak atau Mobile Community Transforma­tion Centre ( Mobile CTC) yang bakal diperluas ke kawasan pedalaman bagi mendekatka­n perkhidmat­an kerajaan kepada rakyat.

Katanya, kemudahan Mobile CTC itu bagi memudahkan penduduk luar bandar yang tidak dapat pergi ke pekan atau bandar bagi men- dapatkan perkhidmat­an awam sekali gus menjimatka­n masa daripada segi kos perjalanan dan wang ringgit.

Mobile CTC merupakan satu inisiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan ( NBOS) yang menjadi pusat setempat pelbagai perkhidmat­an awam pada satu tempat.

 ??  ?? TAHNIAH: Safiee Ahmad ketika merasmikan pembukaan Pusat Transforma­si Komuniti Bergerak di Kampung Penasu semalam. Turut kelihatan Pegawai Kewangan Persekutua­n Sarawak, Mohd Saiful Sungkih Abdulah, Mohd Abang Turkey dan Ahmad Jonie Zawawi.
TAHNIAH: Safiee Ahmad ketika merasmikan pembukaan Pusat Transforma­si Komuniti Bergerak di Kampung Penasu semalam. Turut kelihatan Pegawai Kewangan Persekutua­n Sarawak, Mohd Saiful Sungkih Abdulah, Mohd Abang Turkey dan Ahmad Jonie Zawawi.
 ??  ?? LAKARAN: Inilah bangunan Balai Bomba Daro dengan kos RM6.8 juta dan dijangka siap Julai 2019.
LAKARAN: Inilah bangunan Balai Bomba Daro dengan kos RM6.8 juta dan dijangka siap Julai 2019.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia