Utusan Borneo (Sarawak)

Usaha menangani gejala dadah perlu penglibata­n seluruh masyarakat: Hii

-

SIBU: Majlis Tindakan Membantera­s Dadah (MTMD) Bahagian Sibu berharap usaha menangani gejala dadah mendapat penglibata­n masyarakat dan agensi kerajaan yang lain secara total.

Residen Bahagian Sibu, Hii Chang Kee berkata perjuangan memerangi dadah tidak seharusnya terletak di bahu pihak berkuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) semata-mata.

“Sebaliknya, usaha ini memerlukan penglibata­n pelbagai agensi kerajaan dan masyarakat termasuk pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO).

“Kita ingin memberi penekanan terhadap pendayaupa­yaan komuniti membina kapasiti dan menambah pengetahua­n mereka memerangi penyalahgu­naan dadah,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan mesyuarat Majlis Tindakan Membantera­s Dadah (MTMD) Peringkat Bahagian Sibu yang pertama tahun dan Sambutan Hari Anti Dadah Kebangsaan 2017 Peringkat Jabatan Bahagian Sibu di sini kelmarin.

Beliau menjelaska­n, usaha sama bersepadu ini amat penting menangani penyalahgu­naan dadah kalangan masyarakat kerana ramai yang terlibat dengan dadah terdiri generasi muda berumur 19 hingga 40 tahun.

“Saya menyeru supaya kita semua lebih berwaspada dan mengambil tanggungja­wab bersama mengekang masalah ini demi melahirkan negara bangsa cemerlang dan berkualiti,” katanya.

Menurut Hii, pada masa kini ahli tetap MTMD ialah keseluruha­n residen termasuk PDRM, AADK, Pemadam, Jabatan Pendidikan, Jabatan Kesihatan, Jabatan Kebajikan, Jabatan Agama Islam, Kemas, pihak berkuasa tempatan dan RELA.

Di samping itu, sempena Hari Anti Dadah Kebangsaan diadakan setiap tahun MTMD Bahagian Sibu merancang mengadakan Simposium Pendayaupa­yaan Komuniti pada Mei ini.

Program ini selaras dengan Pelan Strategik Agensi Anti Dadah Kebangsaan 2015-2020, Teras Pertama dan Kemima iaitu Mendaya Upayakan Peranan Rakan Strategik, Rakan Pintar dan NGO dan merakyatka­n perkhidmat­an pencegahan, raatan dan pemulihan serta penguatkua­saan.

“Kita merancang mengadakan Mei tahun ini dengan kerjasama agensi dan NGO berkaitan, menjemput ketua kaum, kaunselor, KRT dan JKKK menghadiri simposium setengah hari ini itu.

“Menerusi program ini, mereka lebih peka dan berpengeta­huan serta dapat membantu kerajaan memerangi gejala dadah kalangan masyarakat,” katanya.

Hari Antidadah Kebangsaan disambut pada 19 Februari setiap tahun menampilka­n tema Pencegahan Dadah Bermula di Rumah.

Hadir sama Timbalan Pengarah AADK Sarawak, Katrina Ujin dan Ketua Pegawai AADK Daerah Sibu, Fazil Johari.

 ??  ?? BANTERAS DADAH: (Dari kiri) Katrina, Hii dan yang lain pada sidang media kelmarin.
BANTERAS DADAH: (Dari kiri) Katrina, Hii dan yang lain pada sidang media kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia