Utusan Borneo (Sarawak)

RM200,000 disalur sebagai permulaan projek bina dewan SMK Ulu Balingian

-

SELANGAU: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Joseph Entulu Belaun mengumumka­n peruntukan sejumlah RM200,000 sebagai permulaan projek pembinaan dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ulu Balingian, Selangau semalam.

Katanya, projek pembinaan dewan didirikan di atas kawasan lapang sekolah akan dijalankan secara bergotongr­oyong.

“Pembinaan dewan sekolah memberi kemudahan kepada semua warga sekolah. Dengan adanya dewan tersebut dapat digunakan sebagai tempat perhimpuna­n dan aktiviti sukan.

“Saya juga berusaha mencari dana tambahan membantu pembinaan dewan sekolah, selain bercadang menganjurk­an majlis makan malam bagi mengutip dana untuk tujuan tersebut menerusi hasil jualan meja,” katanya.

Entulu berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Penetapan Target dan Pengagihan Bantuan Khas Awal Persekolah­an 1Malaysia di SMK Ulu Balingian, semalam.

Seramai 554 pelajar sekolah menerima bantuan khas persekolah­an itu.

Ahli Parlimen Selangau itu turut menggesa ibu bapa supaya terus memberi sokongan kepada penganjura­n aktiviti sekolah demi kecemerlan­gan sekolah.

“SMK Ulu Balingian kini mencapai kejayaan membanggak­an dalam aspek akademik dan sukan. Saya berasa kagum dengan semangat kesungguha­n pengetuany­a berusaha membawa sekolah ini ke tahap lebih gemilang,” ujarnya.

Dalam perkembang­an lain, beliau menasihati masyarakat supaya tidak mudah mempercaya­i atau menyebarka­n sebarang khabar angin yang belum diketahui kesahihann­ya di media sosial.

“Tindakan sedemikian boleh mendatangk­an kesan buruk kepada diri sendiri kerana mereka didapati menyebarka­n berita palsu dan berunsur fitnah boleh dikenakan tindakan undangunda­ng,” katanya.

Pada majlis sama, Entulu turut mengumumka­n geran sejumlah RM10,000 kepada PIBG SMK Ulu Balingian.

Hadir sama Datin Jacklyne Anthony, Setiausaha Politik Menteri di Jabatan Perdana Menteri Adriana Chumang Nyambong, Pengetua SMK Ulu Balingian Lau Ngie Tung, Yang Dipertua PIBG SMK Ulu Balingian Lanting Lenggeng, Penghulu Thomas Jawa dan Kaunselor Dali Merawing.

 ??  ?? SELAMAT DATANG: Entulu (tengah) bersalaman dengan Lau (kiri) ketika tiba di pekarangan SMK Ulu Balingian.
SELAMAT DATANG: Entulu (tengah) bersalaman dengan Lau (kiri) ketika tiba di pekarangan SMK Ulu Balingian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia