Utusan Borneo (Sarawak)

PRK lancar ‘Kempen U’, ajak rakyat daftar sebagai pengundi PRU

-

MIRI: Pos Laju Miri dijadi pusat ‘ Kempen U’ ( undi) oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) Miri dengan mengajak penduduk mendaftar sekali gus menunaikan tanggungja­wab sebagai pengundi untuk Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Kempen diketuai oleh Ketua PKR Miri juga Ahli Parlimen Miri, Dr Michael Teo ditemani aktivis, Mujan Jok.

Objektif utama kempen ini adalah untuk menggalakk­an rakyat untuk mendaftar sendiri di pejabat pos.

Cuma mereka berdaftar sebelum 31 Mac 2017 boleh mengundi menjelang PRU14,

Aktiviti dua jam itu diadakan bermula jam 10 pagi sebagai menyokong usaha Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) memastikan seluruh rakyat Malaysia segera mendaftar sebagai pengundi.

Miri merupakan antara dua lokasi di Sarawak untuk kempen ini.

Ia turut diadakan di Pejabat Pos Kenyalang Kuching bermula jam 9.30 hingga 11 pagi.

Kempen dijalankan sepanjang Mac ini menyasarka­n lebih kurang empat juta rakyat tentang kepentinga­n mengundi.

‘Kempen U’ merangkumi beberapa aktiviti lapangan seperti di pejabat pos dan acara lain di seluruh negara bermula 25 Februari ini.

BERSIH memilih Mac berikutan ia merupakan hujung suku tahun di mana Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) akan mula memproses pendaftara­n tersebut.

SPR turut dialukan menyertai kempen tersebut bagi memastikan setiap rakyat mendaftark­an diri secara sah.

 ??  ?? KENANGAN: Mujan (kiri), Dr Teo (dua kiri) bergambar di Pos Laju Miri mempromosi­kan ‘Kempen U’ semalam.
KENANGAN: Mujan (kiri), Dr Teo (dua kiri) bergambar di Pos Laju Miri mempromosi­kan ‘Kempen U’ semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia