Utusan Borneo (Sarawak)

Beri kerjasama tangani masalah disiplin pelajar

Kecemerlan­gan sekolah bergantung kepada komitmen, jalinan erat di antara ibu bapa dan guru

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

TATAU: Ibu bapa perlu memberi kerjasama kepada guru menangani bersama beberapa masalah berkaitan melibatkan disiplin mahupun akademik anak masing-masing di sekolah.

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Tatau, Zulkifli Osman berkata, kecemerlan­gan sesebuah sekolah bukan hanya bergantung kepada kehebatan guru mengajar serta pentadbira­n pengurusan sekolah tetapi komitmen ditunjuk ibu bapa serta komuniti setempat.

“Berbincang tanpa ada rasa sangsi antara pihak ibu bapa dan guru merupakan pendekatan terbaik mendidik mahupun menangani masalah anak sekolah,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Mesy- uarat Agung Tahunan PIBG SK Tatau di dewan sekolah itu semalam.

Zulkifli menggesa ibu bapa mengguna pendekatan berbincang jika timbul salah faham atau masalah supaya tingkah laku serta disiplin anak dapat ditangani bersama semua pihak memandangk­an kedua-dua pihak saling memerlu dan melengkapi.

Guru Besar SK Tatau, Janudin Ab Rahman berkata, pihaknya berterima kasih ke- pada ahli jawatankua­sa PIBG SK Tatau sebelumnya bagi penggal 2015-2016 banyak membantu kejayaan sekolah.

Katanya, untuk tempoh seterusnya semua ahli PIBG diharap akan terus memberi kerjasama dengan sekolah dalam usaha sama-sama meningkatk­an pencapaian dan kemajuan akademik murid SK Tatau.

Terdahulu taklimat aktiviti telah disampaika­n guru penyelaras Tahun Enam, Nazri Awang, pembentang­an laporan keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2016 dan keputusan Ujian Diagnostik UPSR 2017 serta penetapan sasaran UPSR 2017 oleh guru kelas bersama murid dan ibu bapa.

Ceramah motivasi turut diadakan yang disampai oleh pakar motivasi dari Miri Bahari Morshidi dan seterusnya acara ikrar akujanji.

Turut hadir Penghulu Sylvester Sallang Ancok, Penghulu Lim Tchia Hung, Penolong Kanan I Hendary Lingak, Penyelia Petang Mohd Salihin Talip dan Kaunselor sekolah, Rafidah Suhaili.

Program itu dihadiri oleh 600 ahli PIBG dan pemilihan AJK baharunya menyaksika­n Penghulu Sanok Manggai menerajui kepimpinan baharu PIBG SK Tatau untuk penggal 2017-2018.

Naib Yang Dipertua Danielson Tajak; Setiausaha kehormat, Salfarina Ramli; Naib setiausaha kehormat, Herawati Ibrahim; Bendahari kehormat, Lydia Usun Walter dan Timbalan bendahari, Norni Julaihi.

AJK ibu bapa pula terdiri daripada Siham Sidop, Jubidah Enggon, Elizebeth Hunai, Mohd Kamal Abdullah, Normah Talip dan AJK guru ialah Fatimah Mohd Sadar, Nor Afiqah Mokhtar, Jackson Nibang Amas, Nor Farah Atiqah Zaini dan Ismail Sumetri serta juruaudit ialah Roslina Amir.

Berbincang tanpa ada rasa sangsi antara pihak ibu bapa dan guru merupakan pendekatan terbaik mendidik mahupun menangani masalah anak sekolah. Zulkifli Osman Yang Dipertua PIBG SK Tatau

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Zulkifli (tengah) dan Janudin (dua kiri) bersama AJK lama dan baharu PIBG SK Tatau merakam gambar kenangan.
UNTUK ALBUM: Zulkifli (tengah) dan Janudin (dua kiri) bersama AJK lama dan baharu PIBG SK Tatau merakam gambar kenangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia