Utusan Borneo (Sarawak)

Syarikat bungkus semula beras didakwa kerana tiada sijil halal

-

SIBU: Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) mengheret sebuah syarikat pembungkus­an semula beras ke mahkamah kerana tidak mempunyai sijil halal.

Ketua KPDNKK Sibu Kasim Mana berkata, syarikat terbabit dikesan membungkus semula beras seberat 10.18 tan metrik pada Oktober tahun lalu tanpa sijil halal dari Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) atau Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

“Sehubungan itu, syarikat terbabit diheret ke mahkamah dan dijatuhkan hukuman denda RM15,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini kelmarin.

“Syarikat itu didakwa melanggar peraturan di bawah Seksyen 7(1), Arahan Perihal Dagangan (Pensiji- lan dan Tanda Halal) 2011 dan kesalahan di bawah Seksyen 8(b),” katanya di sini kelmarin.

Dalam perkembang­an lain, Kasim memberitah­u pihaknya juga membuat pemeriksaa­n terhadap berus cat dibuat daripada bulu khinzir atau anjing yang dijual di pasaran.

Beliau mengingatk­an peniaga meletakkan label bagi berus cat dibuat menggunaka­n bulu khinzir dan bulu anjing selain mengasingk­annya daripada berus cat lain.

“Tidak perlu berus cat itu dilabel dengan tanda halal atau tidak halal. Apa yang kita mahu meletakkan label khas bagi membezakan berus cat itu agar tidak mengeliruk­an pengguna,” katanya.

Kasim menjelaska­n, tindakan boleh diambil terhadap peniaga gagal mengasingk­an berus cat itu dengan berus cat lain.

Katanya, tindakan boleh diambil mengikut Seksyen 8(a), Arahan Perihal Da- gangan 2011 yang membawa hukuman denda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan bagi individu.

“Sementara bagi syarikat denda sehingga RM200,000 bagi kesalahan pertama dan RM500,000 bagi kesalahan kedua jika sabit kesalahan,” jelasnya.

Hadir sama Timbalan Ketua KPDNKK Sibu Ganda Jirap serta pegawai penyiasat kes, Norhakimin Ismail.

 ??  ?? SIDANG MEDIA: Kasim (tengah) bersama Ganda ( kiri) dan Norhakimin pada sidang media kelmarin.
SIDANG MEDIA: Kasim (tengah) bersama Ganda ( kiri) dan Norhakimin pada sidang media kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia