Utusan Borneo (Sarawak)

BERSIH Sarawak lancar ‘Kempen U’ tingkat kesedaran daftar pengundi

-

KUCHING: BERSIH Sarawak melancarka­n kempen daftar undi atau ‘Kempen U’ bagi meningkatk­an kesedaran di kalangan masyarakat untuk mendaftar sebagai pengundi.

Kempen yang turut diadakan di seluruh negara itu akan berlangsun­g sepanjang bulan Mac ini sehingga pemprosesa­n permohonan oleh Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) pada 31 Mac.

Menurut Naib Pengerusi BERSIH Sarawak Ann Teo, tujuan BERSIH mengadakan kempen itu adalah untuk menarik seramai mungkin rakyat negeri dan negara ini yang berumur 21 tahun ke atas mendaftar sebagai pengundi.

Katanya, BERSIH 2.0 barubaru ini menjalanka­n pungutan suara di kalangan rakyat dalam usaha untuk mendapatka­n sebab mengapa ramai yang tidak mendaftar sebagai pengundi lagi.

Daripada 2,000 responden, lebih separuh daripada mereka menyatakan kekecewaan dengan parti-parti politik, manaka- la 39 peratus lagi berkata pilihan raya tidak berguna.

Lebih memeranjat­kan apabila sembilan peratus daripada mereka berkata tidak tahu bagaimana untuk menjadi pengundi berdaftar.

“Jika sembilan peratus daripada 4.2 juta rakyat negara ini masih belum berdaftar, maka kami mahu memberitah­u kepada 378,000 mereka ini untuk pergi mendaftar sebagai pengundi.

“Pendaftara­n boleh dibuat di Pejabat Pos terdekat, selain mendaftar di Pejabat SPR ataupun melalui penolong pegawai pendaftar yang dilantik oleh SPR,” katanya.

Terdahulu, Ann bersama ahliahli BERSIH Sarawak menyaksika­n beberapa rakan yang lain membuat pendaftara­n sebagai pengundi kaunter Pejabat Pos di Kenyalang Park di sini.

Tambah Ann, SPR akan memproses permohonan pengundi baharu termasuk mengemas kini daftar pengundi pada setiap tiga bulan sekali dan pal- ing dekat adalah pada 31 Mac ini.

“Jika Pilihan Raya Umum (PRU) diadakan pada September tahun ini, ini adalah peluang terakhir rakyat yang masih belum mendaftar sebagai pengundi untuk berbuat demikian dan layak untuk mengundi.

“Setiap undi anda adalah berharga untuk menentukan corak pemerintah­an serta masa depan negeri dan negara ini,” katanya.

Dalam pada itu selain Pejabat Pos, BERSIH Sarawak turut akan membuka kaunter pendaftara­n di beberapa tempat sepanjang bulan Mac ini dibantu oleh sukarelawa­n BERSIH.

Antara lokasi yang akan dikunjungi BERSIH ialah Uptown Samarahan pada 18 Mac dari jam 7 malam hingga 9 malam dan kopitiam Bazar Siburan pada 19 Mac dari jam 8 pagi hingga 2 petang.

BERSIH Sarawak akan turut membuka kaunter pendaftara­n di Kuching Sentral pada 25 dan 26 Mac ini dari jam 11 pagi hingga 7 malam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia