Utusan Borneo (Sarawak)

Kesungguha­n guru pedalaman Baram bawa pelajar sertai sukan wajar dipuji

-

MIRI: Kesungguha­n guru di kawasan pedalaman Baram dalam membawa pelajar bagi menyertai sukan antara zon sekolah rendah di Miri walaupun menghadapi pelbagai halangan termasuk kekurangan dana wajar mendapat pujian.

Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Telang Usan, Denis Ngau berkata usaha ini membuktika­n kesungguha­n mereka untuk membolehka­n pelajar bukan hanya cemerlang dalam akademik malah kegiatan sukan.

“Aktiviti sukan dapat menjadi landasan kepada pelajar untuk membina keyakinan diri dan moti- vasi.

“Dalam konteks ini, saya memuji usaha guru-guru di pedalaman Baram sanggup meluangkan masa dan mengeluark­an wang sendiri memastikan anak-anak murid mereka dapat menyertai kegiatan sukan di luar,” katanya selepas bertemu dengan atlet-atlet Baram yang mengambil bahagian pada Majlis Sukan Sekolah Rendah (MSSR) di Stadium Miri.

Lebih 20 atlet dipilih dari lebih 40 sekolah rendah di Baram mewakili daerah Baram dalam acara trek dan balapan yang berlangsun­g selama dua hari di sini. Kontinjen turut diiringi 10 guru pengiring.

Menurut Dennis, mereka datang dari Baram sematamata untuk mengambil bahagian dan menunjukka­n kebolehan dalam acara sukan yang disertai.

Beliau turut memberikan bantuan kewangan untuk membiayai makanan dan pakaian yang sesuai untuk atlet-atlet.

“Berikutan kekurangan dana, peserta ditempatka­n di Bulan Sabit Merah. Saya berharap ini tidak melemahkan semangat anda terus berusaha mencapai yang terbaik sekali gus mengharumk­an nama Baram khususnya dalam bidang sukan,” katanya.

 ??  ?? BANTUAN: Lawai. Dennis (kiri) menyampaik­an bantuan kepada ketua jurulatih kontinjen, Paris
BANTUAN: Lawai. Dennis (kiri) menyampaik­an bantuan kepada ketua jurulatih kontinjen, Paris

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia