Utusan Borneo (Sarawak)

PKDLK amat relevan bantu masyarakat Limbang di Kuching: Dr Abdul Rahman

-

KUCHING: Penubuhan Pertubuhan Kebajikan Dangsanak Limbang- Kuching (PKDLK) disifatkan amat relevan dalam membantu masyarakat Limbang yang bermastaut­in di bandar raya ini.

Menteri Muda Kebajikan dan Kesejahter­aan Komuniti Dr Abdul Rahman Ismail berkata, penubuhan itu bertujuan meringanka­n beban serta membantu ahli-ahli di bawah persatuan yang menghidap penyakit kronik.

“Memandangk­an ia ditubuhkan di sini (Kuching), maka amat relevan kerana jarak Limbang dan Kuching jauh.

“Justeru, bertepatan dengan penubuhan ini, masyarakat Limbang yang ber- mastautin di Kuching dapat memperoleh bantuan kebajikan daripada Persatuan Dangsanak,” ujarnya.

Dr Abdul Rahman berkata demikian dalam ucapannya semasa menghadiri Mesyuarat Agung PKDLK di sebuah hotel di sini, semalam.

Beliau yang juga Penaung kepada badan kebajikan tersebut menggesa ahli jawatankua­sa agar menumpukan perhatian sepenuhnya kepada matlamat penubuhan persatuan.

“Fokus kepada ‘ bisnes’ utama pertubuhan iaitu mengutamak­an bantuan kebajikan kepada ahli-ahli dan keluarga di bawah persatuan.

“Bantu mereka yang memerlukan, terutama pesakit kronik dan sebagainya. Den- gan ini, dapat meringanka­n beban mereka,” ujar Dr Abdul Rahman.

Beliau berharap PKDLK sentiasa berada di landasan yang betul dalam menghulurk­an bantuan serta berpegang pada matlamat dan tujuan penubuhan persatuan.

Dalam perkembang­an sama, Dr Abdul Rahman turut mengucapka­n tahniah di atas kejayaan ahli jawatankua­sa dalam menubuh dan mendaftark­an persatuan itu.

Sebagai perbelanja­an permulaan, katanya, sebanyak RM50,000 peruntukan telah disalurkan kepada persatuan itu sejak tahun lalu.

Turut hadir, Pengerusi PKDLK Mahmud Mohd Nor dan Ahli Parlimen Limbang Hasbie Habibollah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia