Utusan Borneo (Sarawak)

PMSB capai prestasi amat membanggak­an dalam 15 tahun

-

SIBU: Pelita Mas Laut Sdn Bhd (PMSB) telah mencapai prestasi yang amat membanggak­an sejak 15 tahun penubuhann­ya apabila berjaya melahir dan memberikan latihan kepada lebih 8,000 pelaut tempatan dan luar.

Pengarah Urusan Kumpulan PMSB Masni Amit berkata, kesemua mereka berkecimpu­ng dalam pelbagai kategori dan jawatan termasuk kelasi, pegawai dek dan enjin seterusnya kapten dan ketua jurutera kapal.

“Ada di antara para pelaut yang kami lahirkan bukan sahaja berlayar di sekitar benua Asia, malah seluruh pelosok dunia termasuk benua Arab dan Amerika,” jelasnya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Ulang Tahun Kumpulan PMSB Ke-15 di Dewan Kompleks Islam, di sini kelmarin.

Masni berkata, fakta tersebut jelas menggambar­kan betapa besarnya sumbangan PMSB terhadap visi dan misi kerajaan untuk melahirkan lebih ramai pelaut tempatan bagi mengisi kekosongan pelbagai jawatan sektor perkapalan di dalam dan luar negara.

“Kita amat berbesar hati dan berterima kasih di atas bantuan yang dihulurkan dari segi penajaan oleh badan-badan kerajaan seperti Unit Perancanga­n Negeri Sarawak (SPU), Yayasan Sarawak, TERAJU, Tabung Baitumal dan sebagainya,” ujarnya.

Majlis tersebut telah disempurna­kan oleh Menteri Muda Perumahan dan Menteri Muda Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah. Pada majlis sama, Abdul Karim turut menyaksika­n Majlis Menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MoU) antara PMSB dan Sing Kiong Hock Dockyard Sdn Bhd.

Selain itu, beliau turut menyampaik­an anugerah penghargaa­n kepada agensi kerajaan dan syarikat perkapalan, biasiswa kepada pelatih Pegawai Dek dan Enjin dan Staff Awards 2017.

Antara yang hadir ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian Abdul Yakub Arbi, Setiausaha politik Ketua Menteri Abu Seman Jahwie, Pengerusi Sing Kiong Hock Sdn Bhd Dato Albert Ling Kiong Ping.

Turut hadir Ketua Penolong Pengarah Unit Peperiksaa­n dan Perakuan Pelaut Ibu Pejabat Laut Malaysia Kapten Sukhbir Singh Gopal Singh, Ketua Penolong Pengarah Unit Kawalan Industri Jabatan Laut Malaysia Wilayah Sarawak Marzuki Brahim, Pengarah Kumpulan PMSB Haminah Abun serta yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia