Utusan Borneo (Sarawak)

32 peserta tamat kursus Penyelia Keselamata­n Tapak Bina terima sijil

-

MIRI: Seramai 32 peserta kursus Penyelia Keselamata­n Tapak Bina anjuran bersama Jofina Safety Training & Consultanc­y Sdn Bhd dan NOSH Global Sdn Bhd berjaya menamatkan kursus mereka dan dianugerah­i sijil.

Majlis penganuger­ahan tersebut diadakan di Pusat Transforma­si Bandar ( UTC) Miri kelmarin di mana sijil-sijil disampaika­n oleh Jofina Pengiran iaitu Pengarah Urusan Jofina Safety Training & Consultanc­y Sdn Bhd dan Aziz Noor wakil daripada NOSH Global Sdn Bhd.

Dalam temu bual dengan Utusan Borneo, Jofina menjelaska­n kursus Penyelia Keselamata­n Tapak Bina merupakan suatu kursus ‘upskilling’ atau meningkatk­an kemahiran terutamany­a bagi mereka yang sedang bekerja dalam sektor pembinaan.

Menurut beliau, kursus 10 hari ini mendapat sambutan yang menggalakk­an daripada para peserta yang telah memiliki diploma keselamata­n dan kesihatan pekerjaan.

Dengan jangka masa pendek serta kos rendah dan tawaran gaji menarik, kursus ini amat sesuai untuk para lepasan sekolah mahupun graduan diploma yang memiliki pengalaman kerja untuk meningkatk­an lagi kemahiran mereka, ujurnya.

Selain itu, kursus ini memberi peluang kepada mereka yang ingin menukar kerjaya kerana pada masa ini, terdapat permintaan yang amat menggalakk­an untuk pegawai keselamata­n memandangk­an mereka bertanggun­gja- wab memastikan segala aspek keselamata­n dipatuhi untuk mengurangk­an insiden yang tidak diingini, katanya.

Selain kursus ini, Jofina Safety Training & Consultanc­y Sdn Bhd bersama NOSH Global Sdn Bhd turut menawarkan kursus 22 hari Pegawai Keselamata­n Dan Kesihatan Pekerjaan.

Kedua-dua kursus ini diiktiraf oleh Jabatan Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (DOSH) dan para graduan berpeluang memohon buku kuning atau ‘Yellow Book’ selepas memiliki pengalaman kerja selama dua tahun.

 ??  ?? TAMAT KURSUS: Jofina (tengah) Aziz Noor (sebelah kanan Jofina) serta para peserta kursus bergambar kenang-kenangan selepas majlis penyampaia­n sijil di UTC Miri, kelmarin.
TAMAT KURSUS: Jofina (tengah) Aziz Noor (sebelah kanan Jofina) serta para peserta kursus bergambar kenang-kenangan selepas majlis penyampaia­n sijil di UTC Miri, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia