Utusan Borneo (Sarawak)

Luar bandar masih dahaga pembanguna­n

Kerajaan sentiasa prihatin, laksana pelbagai program untuk penuhi keperluan rakyat

- Oleh Kepu Sidi

SARIKEI: Masyarakat kawasan luar bandar masih lagi dahaga pembanguna­n terutama aspek sosioekono­mi, kemajuan pendidikan juga kemudahan infrastruk­tur asas lengkap serta selesa.

Setiausaha Politik Ketua Menteri Teng Ung Woo berkata, masih banyak perkara dan pelan pembanguna­n perlu dipergiat di kawasan luar bandar, khusus dalam langkah dan matlamat kerajaan merapatkan jurang pembanguna­n kawasan bandar dan juga luar bandar.

Katanya, keperluan rakyat adalah perkara utama menjadi perhatian kerajaan walaupun sebahagian daripadany­a mengambil masa untuk dilaksana.

“Pelaksanaa­n program pembanguna­n dilaksanak­an secara sistematik bagi m e m a s t i k a n r a k y a t menikmati masa depan lebih baik,” katanya ketika lawatan ke beberapa rumah panjang dari kawasan Sungai

Pelaksanaa­n program pembanguna­n dilaksanak­an sistematik bagi memastikan rakyat menikmati masa depan lebih baik. Teng Ung Woo Setiausaha Politik Ketua Menteri

Batu, Meruton dekat sini semalam.

Jelasnya, tiada kerajaan lain boleh berbuat demikian melainkan Barisan Nasional (BN). Ini kerana, kita sentiasa berusaha mencari formula terbaik untuk kepentinga­n seluruh rakyat.

“Malah, pelaksanaa­n pembanguna­n tidak hanya tertumpu pada satu sudut sahaja sebaliknya menyeluruh termasuk infrastruk­tur, pendidikan, pertanian dan pelbagai lagi. Namun, untuk merealisas­i kejayaan pelaksanaa­nnya, rakyat harus memberi sokongan tidak berbelah bagi,” ujarnya.

Antara rumah panjang dikunjungi beliau pada masa tersebut ialah Rumah Bickson, Rumah Garai dan Rumah Endawie.

Menurut Teng melalui pelbagai plan pembanguna­n dilaksanak­an kerajaan pada masa kini, masyarakat di peringkat akar umbi kini mampu menarik nafas lega dari masa ke masa.

Contoh katanya, melalui gelombang kedua Bidang Keberhasil­an Utama Negara (NKRA) yang telah digerakkan oleh kerajaan beberapa tahun lepas, ia lebih fokus kepada pembanguna­n dan kemajuan bagi masyarakat luar bandar.

“NKRA i ni l ebih memfokuska­n untuk memberikan sentuhan bagi melengkapk­an kemudahan kepada semua aktiviti pembanguna­n yang sedang dan telah dilaksanak­an kerajaan.

“U s a h a i n i a k a n membolehka­n rakyat khususnya masyarakat luar bandar bakal menikmati segala kemudahan lengkap seperti masyarakat berada di kawasan bandar, sama ada aspek kemudahan jalan raya sempurna dan berkualiti, bekalan elektrik dan air mencukupi, peningkata­n dari aspek sosioekono­mi serta mempunyai kemudahan pendidikan yang terbaik,” katanya.

Namun katanya, dalam memastkan semua ini dapat direalisas­i dengan sempurna sokongan daripada peringkat akar umbi amat diperlukan.

 ??  ?? TANDA KENANGAN: Mahmud menyampaik­an cenderahat­i kepada Dr Abdul Rahman sambil disaksikan Hasbi selepas menghadiri Mesyuarat Agung PKDLK di Kuching, semalam.
TANDA KENANGAN: Mahmud menyampaik­an cenderahat­i kepada Dr Abdul Rahman sambil disaksikan Hasbi selepas menghadiri Mesyuarat Agung PKDLK di Kuching, semalam.
 ??  ?? TURUN PADANG: Teng meluang masa untuk bertanya khabar kepada penduduk dalam kunjungann­ya ke beberapa rumah panjang di kawasan Sungai Batu, Meruton.
TURUN PADANG: Teng meluang masa untuk bertanya khabar kepada penduduk dalam kunjungann­ya ke beberapa rumah panjang di kawasan Sungai Batu, Meruton.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia