Utusan Borneo (Sarawak)

APM Sibu tubuh Unit Dron dalam masa terdekat

Mampu melakukan tugas dengan memuaskan terutamany­a ketika operasi SAR di lokasi berisiko

- Oleh Michael Ubam

SIBU: Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) Sibu akan menubuhkan Unit Dron APM Sibu secara rasmi dalam jangka masa terdekat sebagai satu inisiatif memperting­kat keberkesan­annya.

Pegawai APM Daerah Sibu, Kapten Frankie John Jawan berkata satu latihan penggunaan dan pengendali­an dron diadakan di Dataran Sibu pagi semalam.

Katanya, seramai empat anggota APM Sibu menyertai latihan tersebut diketuai Kpl (PA) Hii King Teng yang dilantik menjadi jurulatih rasmi Unit Dron anggota di bahagian operasi.

“Latihan ini merupakan satu persediaan awal pihaknya sebelum unit ini ditubuhkan secara rasmi,” katanya di sini semalam.

Menurutnya, pengendali­an pesawat dron memerlukan kecekapan dan anggota-anggota terlibat dalam latihan tersebut merupakan kumpulan pertama didedahkan pelbagai aspek keselamata­n.

Katanya, penggunaan dron mampu membantu pihaknya menjalanka­n tugas ke tahap lebih memuaskan terutama semasa menjalanka­n operasi SAR di lokasi berisiko.

“Tugas peninjauan menjadi lebih efisien dengan penggunaan pesawat dron yang mampu merakam gambar dan video dari sudut udara (langit),” katanya.

Frankie berkata, pesawat dron juga pernah digunakan semasa banjir kilat melanda beberapa kawasan terjejas di sini.

Sehubungan itu, latihan pengendali­an pesawat dron secara lebih kerap meningkatk­n kemahiran kalangan anggota.

“Saya percaya usaha menubuhkan Unit Dron memberi manfaat dan melancarka­n operasi dijalankan pasukan APM Sibu.

“Saya berharap APM Sibu lebih berdaya maju menjalanka­n tugas memberi bantuan kepada orang awam dengan penubuhan Unit Dron,” katanya.

Tugas peninjauan menjadi lebih efisien dengan penggunaan pesawat dron yang mampu merakam gambar dan video dari sudut udara (langit). Kapten Frankie John Jawan Pegawai APM Daerah Sibu

 ??  ?? CANGGIH: Anggota APM Sibu semasa menyertai latihan pengendali­an pesawat dron di Dataran Sibu pagi semalam.
CANGGIH: Anggota APM Sibu semasa menyertai latihan pengendali­an pesawat dron di Dataran Sibu pagi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia