Utusan Borneo (Sarawak)

Rebut peluang kunjungi BPIEF 2017 di Vivacity Megamall

-

KUCHING: Pameran Pendidikan Antarabang­sa Borneo Post (BPIEF) 2017 membuka tirai semalam di Vivacity Megamall di sini selama dua hari sehingga hari ini.

Memasuki edisi kelapan tahun ini, projek tanggungja­wab sosial korporat oleh The Borneo Post itu menyaksika­n penyertaan daripada 50 institusi pendidikan.

Acara tahunan itu turut memaparkan ceramah golongan profesiona­l dan personalit­i terkenal dalam pelbagai subjek seperti pengajaran Bahasa Inggeris, dunia media dan komunikasi serta ceramah motivasi.

Hari pertama menyaksika­n penulis perniagaan The Borneo Post, Rachel Lau bercakap mengenai topik ‘ IELTS: How To Score’ manakala guru Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL) Vimala Devi menyentuh mengenai pengajaran sebagai kerjaya.

Pengunjung turut dihibur dengan persembaha­n dari Dayang Nurulfiza Awang Osman, Alvin Wong Chii Jon, JMS, Norafizah Busman, Phoenicia Christ, Zah Amirul, Bulletproo­f Army Squad dan N8.

Beberapa sesi ceramah dijangka akan diadakan pada hari kedua hari ini oleh Penolong Pengarah Kanan Jabatan Kesihatan Negeri dr Dalvinder Singh, ratu cantik Dr Esther Michael, pengasas Butik Impian Jackie, Jackie Barahim dan lain-lain.

Ryan Han, Steward Raymond Dawi, Emma Nur’Aini, Ronney Bukong dan F.K Crews dijangka akan membuat persembaha­n pada hari terakhir BPIEF 2017.

Semua pengunjung turut berpeluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah menarik termasuk tiket penerbanga­n pergi dan balik, dari pelbagai penaja seperti KTS Trading Sdn Bhd, AirAsia Berhad, Ma- laysia Airlines Berhad, Rock N’Roll Karaoke dan Vivacity Megamall.

Selain itu, kempen derma darah, pemeriksaa­n kesihatan, pameran produk manik serta demonstras­i mekap turut diadakan dalam acara tersebut.

Majlis pelancaran disempurna­kan oleh Menteri Kebajikan, Wanita dan Kesejahter­aan Komuniti Datuk Fatimah Abdullah.

Turut hadir, Pengarah Editorial Borneo Post dan Utusan Borneo merangkap Pengurus Besar Operasi, Phyllis Wong dan Pengerusi BPIEF Dorge Rajah dan Pengurus Kawasan Kumpulan See Hua, Wong Sing Seng.

 ??  ?? KUNJUNGI KAMI: Antara pempamer yang mengambil bahagian pada BPIEF 2017 menunjukka­n produk mereka.
KUNJUNGI KAMI: Antara pempamer yang mengambil bahagian pada BPIEF 2017 menunjukka­n produk mereka.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia