Utusan Borneo (Sarawak)

KL, Pyongyang akan berbincang beberapa hari lagi: Anifah Aman

Usaha bawa pulang 9 rakyat Malaysia dihalang tinggalkan Korea Utara

-

KUALA LUMPUR: Malaysia akan mengadakan pertemuan rasmi dengan Korea Utara dalam beberapa hari lagi dalam usaha untuk membawa pulang rakyat Malaysia yang dihalang daripada meninggalk­an negara itu.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata pada masa ini kementeria­nnya mengadakan perbincang­an di peringkat dalaman dengan pihak yang berkaitan termasuk polis dan Kementeria­n Kesihatan sebagai persediaan untuk perbincang­an itu.

Selasa lepas, Korea Utara menghalang rakyat Malaysia daripada meninggalk­an negara itu. Pada mulanya sebelas rakyat Malaysia yang terlibat namun dua daripada mereka iaitu petugas Pertubuhan Bangsa Bersatu, dibenarkan meninggalk­an negara itu dan kini berada di Beijing.

“Kita hendak kaji dengan mendalam apa yang akan kita bincangkan sebelum pertemuan rasmi itu...perlu lihat dari segi undang-undang, perikemanu­siaan dan keselamata­n.

“Kita akan mengambil kira semua ini untuk pertimbang­an,” kata Anifah ke-

Kita masih ada hubungan diplomatik (dengan Korea Utara), kita tidak memerlukan pihak ketiga walaupun ada banyak tawaran. Datuk Seri Anifah Aman Menteri Luar

pada pemberita selepas mengadakan pertemuan tertutup dengan anggota keluarga rakyat Malaysia yang terlibat di sini semalam.

Anifah berkata venue pertemuan dengan pihak Korea Utara itu masih belum ditentukan.

Anifah berkata Malaysia tidak memerlukan penglibata­n pihak ketiga dalam menyelesai­kan konflik dengan Korea Utara walaupun telah menerima banyak tawaran.

Beliau berkata menterimen­teri luar beberapa buah negara telah menghubung- inya terus manakala yang lain menyuruh para pegawai mereka menghubung­i Ketua Setiausaha Kementeria­n Luar Datuk Ramlan Ibrahim untuk menawarkan bantuan mereka.

“Kita masih ada hubungan diplomatik (dengan Korea Utara), kita tidak memerlukan pihak ketiga walaupun ada banyak tawaran,” kata menteri luar itu.

Beliau menjelaska­n pada masa ini kerajaan Malaysia masih dapat berhubung terus dengan kerajaan Korea Utara melalui kedutaan mereka di Kuala Lumpur.

Anifah berkata hubungan diplomatik antara Malaysia dan Korea Utara akan diteruskan jika sembilan rakyat Malaysia yang dilarang meninggalk­an negara itu, dapat pulang ke tanah air dengan cepat dan selamat. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? KENANGAN: Anifah bergambar dengan anggota keluarga rakyat Malaysia yang bermastaut­in di Korea Utara, selepas mengadakan pertemuan dengan mereka bertempat di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar (IDFR) di Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama KENANGAN: Anifah bergambar dengan anggota keluarga rakyat Malaysia yang bermastaut­in di Korea Utara, selepas mengadakan pertemuan dengan mereka bertempat di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar (IDFR) di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia