Utusan Borneo (Sarawak)

Kementeria­n Kesihatan belum putuskan pengurusan mayat Jong-nam

-

BALIK PULAU: Kementeria­n Kesihatan belum memutuskan sebarang tindakan bagi pengurusan mayat Kim Jong-nam, warga Korea Utara yang dibunuh di negara ini pada 13 Feb lepas.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata setakat ini tiada peraturan yang mengehadka­n tempoh masa untuk mayat disimpan di hospital. “Tiada sebarang had masa atau tempoh tertentu bagi tuntutan mayat...memandangk­an kes ini berprofil tinggi, kita tidak boleh terburu-buru membuat keputusan.

“Kementeria­n akan putuskan perkara ini. Di Ma- laysia, tidak ada peraturan perlu tempoh berapa hari, berapa bulan untuk lepaskan mayat... tiada had masa,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program Jamboree Balik Pulau 2017 di Politeknik Balik Pulau di sini semalam.

Dr Hilmi berkata kerajaan mempunyai masa untuk memutuskan sebarang langkah bagi pengurusan mayat Jongnam yang merupakan abang pemimpin Korea Utara Kim Jong-un.

Berhubung sama ada tuntutan mayat perlu diserahkan kepada keluargany­a, Dr Hilmi berkata kebiasaann­ya jika terdapat sebarang kematian, mengikut undang-undang negara ini mayat harus diserahkan kepada waris si mati.

Sekiranya si mati tidak dituntut langsung oleh waris atau keluargany­a, mayat itu boleh ditanam di Malaysia.

Kelmarin Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memaklumka­n mayat Jong-nam diserahkan kepada Kementeria­n Kesihatan untuk urusan seterusnya kerana tidak ada waris yang menuntutny­a setakat ini.

Jong-nam dibunuh di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur 2 ( klia2) ketika menunggu penerbanga­n ke Macau.

Beliau dihampiri dua wanita yang menekup mukanya dengan bahan yang kemudianny­a dikenal pasti sebagai agen saraf VX.

Jong-nam yang memasuki negara ini dengan menggunaka­n pasport atas nama ‘Kim Chol’, meninggal dunia ketika dibawa ke Hospital Putrajaya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia