Utusan Borneo (Sarawak)

Terima kasih PM, saya percaya k’jaan akan lakukan yang terbaik: Ibu

-

SITIAWAN: “Terima kasih Perdana Menteri, saya percaya kerajaan akan lakukan yang terbaik untuk membawa pulang anak saya,” demikian penghargaa­n Maznah Adnan, ibu kepada seorang daripada rakyat Malaysia yang kini berada di Korea Utara.

Maznah, 63, berkata sebagai seorang ibu, tiada yang melegakan apabila mengetahui anak ketiganya, Iza Karmila Ramli, 33, dan keluarga di Pyongyang dalam keadaan selamat selepas mendapat tahu mengenai perbualan telefon Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan menantunya, Mohd Nor Azrin Md Zain yang juga penasihat kedutaan di Kedutaan Malaysia di Pyongyang dari Pejabat Perdana Menteri di bangunan Parlimen, Khamis lalu.

Beliau menyifatka­n panggilan itu sebagai pembakar semangat untuknya terus berdoa selain menaruh keyakinan tinggi bahawa Perdana Menteri akan menyelesai­kan konflik yang berlaku tanpa menjejaska­n keselamata­n rakyat Malaysia di negara tersebut.

“Saya percaya Perdana Menteri kita merupakan pemimpin yang berwibawa yang mampu membuat rundingan baik dengan Korea Utara dalam usaha menyelesai­kan masalah ini.

“Saya berterima kasih kepada Perdana Menteri dan merayu supaya kerajaan berusaha keras untuk membawa pulang keluarga anak saya dengan segera,” katanya ketika ditemui Bernama di kediamanny­a di sini.

Iza Karmila merupakan Pegawai Tadbir Diplomatik tetapi kini sedang bercuti kerana mengikuti suaminya yang bertugas sebagai pe- nasihat kedutaan di Kedutaan Malaysia di Korea Utara dan masih berada di negara itu selepas tidak dibenarkan keluar sejak 7 Mac lalu.

Pasangan itu berada di Korea Utara bersama tiga anak mereka iaitu Annur Zulaikha, Aynur Zhafirah serta Ayscha Zinnirah.

Bercerita lanjut mengenai perasaan selepas perbualan Perdana Menteri bersama menantunya, Maznah berharap anaknya sekeluarga mampu terus bertahan dalam menghadapi dugaan ketika ini.

“Alhamdulil­lah, dalam perbualan itu, dia dan keluargany­a sihat dan selamat dan saya berharap mereka bertahan di sana dengan semangat juang yang tinggi.

“Saya belum lagi menerima panggilan daripada dia (Ila Karmila) selepas kali terakhir pada Selasa lalu. Apapun saya sentiasa berdoa untuk keselamata­nnya sekeluarga serta rakyat Malaysia yang lain,” katanya.

Sebelas rakyat Malaysia dilaporkan berada di Korea Utara ketika Pyongyang pada 7 Mac mengumumka­n larangan bagi rakyat negara ini meninggalk­an negara itu.

Namun, pada Khamis, Najib mengumumka­n dua daripada mereka iaitu petugas Pertubuhan Bangsa Bersatu telah dibenarkan keluar dari Korea Utara dan kini berada di Beijing.

Hubungandi­plomatikan­tara Malaysia dan Korea Utara tegang berikutan pembunuhan Kim Chol, atau dilaporkan media sebagai Kim Jongnam, abang kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong-un di Lapangan Terbang Antarabang­sa KL 2 (klia2) pada 13 Feb lepas. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia