Utusan Borneo (Sarawak)

Jangan pertaruh masa depan negara hanya kerana individu

-

JERLUN: Rakyat dinasihat agar tidak mempertaru­hkan masa depan negara hanya kerana bersimpati terhadap mana-mana individu.

Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa berkata soal individu itu adalah sangat kecil berbanding nasib keseluruha­n bangsa, agama dan negara.

“Masa depan negara yang di tangan kita semua adalah lebih penting. UMNO telah berjuang untuk rakyat dan pemimpin ini perlu sedar tidak ada gunanya bagi dia pula mempertaru­hkan masa depan negara untuk hanya kepentinga­n diri.

“Apa yang kita buat ini adalah fardu kifayah kerana mempertaha­nkan kerajaan yang telah mengangkat martabat bangsa, agama dan negara,” katanya ketika berucap pada Majlis Ceramah Isu-isu Semasa di Padang Sera di sini, malam kelmarin.

Annuar berkata tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang cuba mengganggu gugat keharmonia­n negara adalah sesuatu yang sukar diterima rakyat.

“Semasa Tun Mahathir menjadi perdana menteri sokongan rakyat tidak berbelah bahagi termasuk saya tetapi cukuplah dan berilah ruang kepada Datuk Seri Najib (Tun Razak) untuk terus mentadbir negara dan meneruskan kesinambun­gan keharmonia­n melalui parti keramat UMNO ini,” katanya.

Beliau berkata parti telah banyak menerima ujian, namun ia tetap kukuh bertahan memayungi bangsa, agama dan negara.

Sehubungan itu, beliau berharap Dr Mahathir akan kembali sedar terhadap perjuangan­nya bersama pembangkan­g dan kembali bersama parti yang pernah didokongny­a.

“Saya tahu hati kecilnya masih sayangkan UMNO dan berdoalah mereka kembali ke dalam parti keramat ini,” katanya.

Beliau juga berharap UMNO dan PAS akan dapat menemui titik pertemuan untuk menjalin kerjasama demi bangsa dan agama. — Bernama PARIT: Pekan Parit yang terletak di daerah Perak Tengah di sini akan berwajah baharu berikutan usaha kerajaan negeri menambah baik setiap bangunan di sekitarnya sambil mengekalka­n ciri-ciri warisan.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata kerja pengindaha­n akan dilakukan tidak lama lagi di sekitar kawasan pekan tersebut termasuk mengecat bangunan warisan serta menambah baik infrastruk­tur dan prasarana untuk kemudahan penduduk setempat.

Katanya Ahli Parlimen Parit, Datuk Mohd Zaim Abu Hassan dan Pegawai

Daerah Perak Tengah, Datuk Mad Dan Hassan akan menyelaras kerja penambahba­ikan untuk memberi imej baharu tanpa perlu merobohkan bangunan lama.

“Dengan proses penambahba­ikan ini, ia turut memberi nilai tambah kepada kawasan yang cukup istimewa ini kerana mempunyai nilai warisan tersendiri dan tentunya akan memberi impak besar walaupun pekan ini kecil,” katanya.

Zambry bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Program Fit Perak @ Perak Tengah di Dataran Parit yang disertai kira-kira 3,000 penduduk tempatan di sini semalam.

Sementara itu, mengulas mengenai Program Permukiman Menteri Besar Perak yang masuk siri keenam, Zambry berkata ia telah berjaya mencapai sasaran dan matlamat penganjura­nnya.

“Kita mendapat maklum balas yang cukup baik daripada penduduk setempat di setiap program yang kita hadiri, sekali gus menunjukka­n kemantapan hubungan antara kerajaan negeri dengan rakyat.

“Selain itu, beberapa permasalah­an sebelum ini dapat diselesaik­an dan ditangani dengan sebaik mungkin antaranya pembinaan hospital, banjir dan menaik taraf jalan raya,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia