Utusan Borneo (Sarawak)

Pembinaan fasa pertama projek Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai lancar: Mustapa

-

KOTA BHARU: Pembinaan fasa pertama projek Lebuh Raya Kota Bharu- Kuala Krai kini berjalan lancar, kata Pengerusi Majlis Tindakan Persekutua­n Negeri Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata di bawah fasa pertama itu, pembinaan pakej 1B dari Pasir Hor ke Kadok di sini sejauh 10.5kilometer (km) yang melibatkan kos RM289 juta sudah 75 peratus siap.

Di bawah pakej 1B itu juga, ia turut melibatkan projek tambahan iaitu pembesaran laluan Tunjong- Pasir Hor sejauh 3.5km, katanya kepada pemberita selepas meninjau pembinaan lebuh raya tersebut di sini, semalam.

Mustapa yang juga Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, berkata pembinaan bagi pakej 1B tersebut dijangka siap sepenuhnya, September ini.

Beliau berkata bagi pakej 2A dari Kadok ke Ketereh di sini, sejauh 6.85km yang melibatkan kos RM206 juta dengan pembinaann­ya kini mencapai hampir 50 peratus, dijangka siap pada September tahun depan.

Beliau berkata bagi pakej 2B dari Ketereh ke Kok Lanas sejauh 6.2km dengan anggaran kos RM226 juta akan dikeluarka­n tender pembinaann­ya pada bulan depan.

Lebuh raya Kota BharuKuala Krai yang melibatkan jarak kira-kira 73km melibatkan kos kira-kira RM1.8 bilion.

Mustapa berkata pihaknya mengucapka­n terima kasih kepada kerajaan Persekutua­n atas pembinaan lebuh raya tersebut yang akan memberi banyak faedah kepada rakyat dan negeri ini.

Beliau berkata ini termasuk kesesakan lalu lintas yang sering dihadapi penduduk negeri ini yang menggunaka­n laluan Kota Bharu-MachangKua­la Krai- Gua Musang. — Bernama

 ?? — Gambar bernama ?? LAWATAN: Mustapa (dua, kiri) melawat Projek Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai di Kampung Pasir Hor semalam.
— Gambar bernama LAWATAN: Mustapa (dua, kiri) melawat Projek Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai di Kampung Pasir Hor semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia