Utusan Borneo (Sarawak)

Gerakan N.Sembilan umum calon DUN Bukit Kepayang

-

SEREMBAN: GERAKAN Negeri Sembilan semalam mengumumka­n Josephine Lee Mei Li sebagai calon bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kepayang untuk Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang.

Pengumuman calon itu dibuat Pengerusi GERAKAN Negeri Sembilan Datuk David Choong Vee Hing.

Choong berkata pengumuman awal itu sebagai strategi bagi membolehka­n calon bekerja lebih awal, sekali gus memberi peluang kepada rakyat membuat penilaian terhadap individu berkenaan.

“Harapan kita bagi memenangi hati pengundi muda yang angkanya mencecah sehingga 55 peratus, dan daripada jumlah itu juga merupakan pengundi perempuan dan ini cabaran terbesar kita untuk memenangi kerusi tersebut.

“Kita perlukan calon muda yang boleh menjadi ikon, agresif, berkredibi­liti serta mempunyai hala tuju jelas dalam usaha memastikan kemenangan pada PRU akan datang,” katanya pada sidang media pengumuman calon Barisan Nasional (BN) DUN Bukit Kepayang, di sini, semalam.

Choong mengakui kawasan Bukit Kepayang merupakan kubu kuat pembangkan­g, iaitu DAP namun tidak mustahil bagi BN memenangi kerusi itu sekiranya parti komponen berganding bahu membantu jentera parti.

Pada PRU13, kerusi Bukit Kepayang dimenangi calon DAP, Cha Kee Chin menewaskan calon GERAKAN, Wong Oi Foon dengan majoriti 9,457. Setakat ini, jumlah pengundi di Bukit Kepayang hampir 25,000 orang dengan 58 peratus merupakan pengundi Cina.

Lee, 40, yang dilahirkan di Klang, Selangor, merupakan anak kedua daripada tiga beradik, dan membesar di Seremban dan ketika ini sedang melanjutka­n pengajian di peringkat Doktor Falsafah (PhD) di universiti tempatan dalam bidang pengurusan.

Sementara itu, Lee yang juga aktif sebagai penceramah dalam bidang keusahawan­an, berkata pada usianya ketika ini, beliau berasa bertuah kerana mempunyai pengalaman dalam generasi X dan Y.

“Apa yang saya lihat ketika ini adalah untuk mengatasi ‘dystopia’ dalam kalangan anak muda terhadap kerajaan terutamany­a dalam bidang keusahawan­an dan ekonomi, persepsi atau gambaran yang benar perlu diberikan bagi memastikan mereka memperoleh maklumat benar,” katanya.

Mengenai satu lagi kawasan diperuntuk­kan kepada GERAKAN iaitu DUN Senawang, Choong berkata beliau akan bertanding kerusi berkenaan, namun sekiranya terdapat calon lebih baik, beliau sedia memberi laluan kepada calon tersebut.

Sebelum ini, Presiden GERAKAN Datuk Seri Mah Siew Keong mengumumka­n Choong sebagai calon bagi kerusi DUN Senawang. Dalam pertanding­an tiga penjuru pada PRU13, Choong dan calon Bebas, S. Karthigen tewas kepada calon DAP, P. Gunasekara­n dengan majoriti 4,805 undi. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia