Utusan Borneo (Sarawak)

Klopp nekad elak perangkap pasukan ‘underdog’

Pengurus Liverpool itu akan berwaspada pada aksi Liga Perdana Inggeris menentang Burnley hari ini

-

LIVERPOOL,England:Musim Liverpool dalam saingan Liga Perdana Inggeris telah berkembang­menjadisat­ucorak kejayaan ketika menentang kelab besar tetapi bergelut menentang kelab kecil atau dari liga bawahan.

Ia adalah kenapa kemenangan meyakinkan 3-1 ke atas Arsenal dalam aksi liga hujung minggu lepas, saingan mereka untuk empat tangga teratas liga, bukan sesuatu yang mengejutka­n dan kenapa ia juga bukan sesuatu yang mengejutka­n jika Liverpool mengharung­i kesukaran pada perlawanan menentang Burnley pada perlawanan liga di Anfield hari ini.

Semua lima kekalahan liga Liverpool setakat ini adalah ketika menentang kelab yang berada di pertengaha­n bawah liga, termasuk Burnley yang berada di tangga ke-12 dan hanya mempunyai penguasaan 19 peratus bola tetapi masih menang 2-0 pada pertemuan terakhir kedua-dua pasukan di Turf Moor pada bulan Ogos.

Teori popular di kalangan pemerhati Liverpool ialah skuad kendalian Jurgen Klopp tidak bersedia ketika berdepan pasukan yang bermain secara bertahan dan kemudian menyerang secara mengejut, sesuatu yang sememangny­a akan dilakukan sekali lagi oleh Burnley nanti.

“Ini adalah perlawanan yang boleh dianggap benar- benar istimewa,” kata Klopp.

“Walaupun jika kami menang semua perlawanan menentang pasukan lain dalam kelompok bawahan liga, Burnley adalah istimewa kerana mereka mempunyai perancanga­n yang lebih jelas berbanding pasukan lain.”

Burnley akan memulakan perlawanan dengan keyakinan tinggi selepas menjarakka­n kedudukan dari zon penyingkir­an dengan sembilan mata dan Klopp berkata: “Saya fikir Burnley berasa gembira dengan kedudukan mereka dalam liga. Ia jelas di mana mereka tahu corak permainan mereka dan apa yang pasti, ia bukannya mudah bagi kami.

“M e n e n t a n g Burnley, ia jelas apa yang anda akan jangkakan: peng- etahuan tentang masalah kami menentang pasukan lain bukan untuk perlawanan ini.”

Beliau menambah: “Kami tidak dapat berkata kami hanya memberikan tumpuan kepada serangan pantas, tendangan sudut, apa sahaja. Ia cabaran keseluruha­n.

“Tugas saya, bagaimana saya memahaminy­a ialah untuk membantu pasukan mencari keputusan yang mudah. Ia adalah apa latihan kami. Kami harus membukt i k a n - n y a dalam padang. “Ketika ini, saya tidak pasti jika kami akan menang m e n e n t a n g Burnley tetapi saya agak yakin. Kami bersedia untuk bersaing.” Kemenangan buat Liverpool, di tangga keempat liga, akan menjarakka­n kedudukan dengan kelebihan lima mata berbanding pasukan di tangga kelima, Arsenal, yang tidak beraksi dalam liga hujung minggu ini kerana beraksi dalam pertanding­an suku akhir Piala FA Inggeris. Liverpool bagaimanap­un akan beraksi tanpa kapten pasukan, Jordan Henderson, yang terlepas dua perlawanan terakhir kerana kecederaan, begitu juga penyerang Daniel Sturridge. Sean Dyche, pengurus Burnley, percaya musim yang baik mereka selepas naik dari Liga Kejuaraan adalah dari kemenangan pada awal musim menentang Liverpool pada bulan Ogos.

“Ia kemenangan yang hebat ketika itu dan masih juga hebat,” kata beliau. “Mencipta kemenangan pertama anda adalah sesuatu yang besar dan perasaan anda ketika itu juga hebat. Liverpool masih salah sebuah kelab besar.

“Mereka mempunyai beberapa masalah tetapi pada hari terbaik, mereka adalah lawan yang hebat. Mereka akan mempamerka­n aksi berbeza untuk mencipta kemenangan.

“Saya melihat skuad yang sangat bagus. Mereka mempunyai kekuatan dalaman yang boleh mengubah pasukan.”

Burnley masih belum menang di gelanggang lawan dalam liga musim ini, selepas mengutip 29 dari 31 mata di Turf Moor.

“Kami adalah pasukan underdog,” kata Dyche. “Apa yang menariknya tentang bola sepak ialah ia membawa sesuatu yang luar biasa tetapi kami harus memastikan ia ber

laku.” — AFP

Walaupun jika kami menang semua perlawanan menentang pasukan lain dalam kelompok bawahan liga, Burnley adalah istimewa kerana mereka mempunyai perancanga­n yang lebih jelas berbanding pasukan lain. Juergen Klopp Pengurus Liverpool

 ??  ?? KLOPP
KLOPP
 ??  ?? GUARDIOLA
GUARDIOLA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia