Utusan Borneo (Sarawak)

Conte akan kekal rentak permainan

-

LONDON, England: Pengurus Chelsea, Antonio Conte, berjanji Jumaat lepas di mana beliau tidak mempunyai masalah untuk meraikan satu lagi kemenangan pasukannya ke atas Manchester United Isnin ini walaupun menjengkel­kan pengurus United, Jose Mourinho pada kunjungan terakhir United di Stamford Bridge.

Kedua-dua pasukan bertemu pada perlawanan suku akhir Piala FA Isnin ini untuk permusuhan terbaharu yang ditambah dengan hakikat di mana Conte akhirnya dilantik menjadi pengurus selepas pemecatan Mourinho.

Pada bulan Oktober, Chelsea menewaskan United 4-0 di Stamford Bridge, dengan Mourinho tidak gembira dengan cara Conte membangkit­kan sorakan penonton ketika pasukannya sudah menjaringk­an empat gol.

Tetapi bekas jurulatih kelab Juventus dan skuad kebangsaan Itali itu berkata Jumaat lepas di mana tiada sebarang sebab untuk bercakap kepada Mourinho sebelum perlawanan atau mengurangk­an pendekatan­nya.

“Tiada, saya tidak fikir ia penting. Tiada apa yang perlu diperjelas­kan kepada beliau,” kata Conte.

“Saya sudah menunjukka­nnya di Chelsea, bukan hanya di Chelsea, setiap pasukan yang saya bimbing, saya menunjukka­n semangat saya,” tambah beliau.

“Kadang-kadang saya mahu berkongsi semangat itu bersama pemain, kakitangan saya dan juga penyokong. Saya fikir ia normal.

“Kami bukan dalam cara yang sama. Bagi saya, apa yang paling penting ialah cuba untuk menang, dan kemudian baharu memikirkan cara meraikanny­a.”

Mourinho tidak asing dengan permainan minda sebelum perlawanan tetapi Conte, di mana pasukannya berada 10 mata di singahsana Liga Perdana berbanding pencabar terdekat dan 17 mata di hadapan United, berkata: “Saya sangat fokus kepada apa yang berlaku dalam padang.

“Permainan minda tidak akan memastikan anda menang, apa yang penting jika anda berdepan sebuah pasukan yang fokus dengan permainan. Kita harus bercakap semasa dalam padang, bukan sebelum perlawanan bermula.”

Namun ia tidak menghalang Conte untuk berkata Manchester City, 10 mata di belakang dan United, memiliki skuad yang lebih kuat berbanding Chelsea.

“Manchester United dan juga City, mempunyai skuad terbaik dalam liga,” kata Conte. “Mereka mempunyai ramai pemain hebat, dengan bakat dan pengalaman untuk menang.” — AFP

 ??  ?? POCHETTINO
POCHETTINO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia