Utusan Borneo (Sarawak)

Karier Guardiola ‘di hujung tanduk’

-

MANCHESTER, England: Pengurus Manchester City, Pep Guardiola, menjelaska­n Jumaat lepas di mana tempoh beliau sebagai pengurus kelab tidak akan berpanjang­an jika musim pertama kelab berakhir tanpa kejuaraan.

Sheikh Mansour, pemilik kelab, memberikan sokongan penuh kepada Guardiola apabila mereka bertemu di Abu Dhabi bulan lepas dan tiada cadangan di mana beliau akan berdepan pemecatan sekiranya gagal memenangi sebarang kejuaraan musim ini.

Bagaimanap­un, Guardiola menyedari tuntutan kejayaan di City, dengan ketua eksekutif kelab, Ferran Soriano, pernah menetapkan sasaran lima trofi pada lima tahun untuk bekas pengurus, Manuel Pellegrini.

Pellegrini berkata memenangi tiga kejuaraan pada tiga musim, sekali dalam Liga Perdana dan dua kali kejuaraan Piala Liga Inggeris tetapi tidak mencukupi untuk menyelamat­kan kedudukann­ya.

Harapan Guardiola untuk memenangi kejuaraan Liga Perdana musim ini kelihatan tipis kerana mereka ketinggala­n 10 mata di belakang pendahulu liga, Chelsea dengan baki 11 perlawanan musim ini.

Harapan terbaik Guardiola untuk memenangi kejuaraan bagaimanap­un dalam pertanding­an lain, dengan pasukannya memburu kemaraan ke separuh akhir Piala FA jika menewaskan Middlesbro­ugh pada perlawanan lewat (Sabtu) dan kemudian menentang Monaco pada perlawanan kedua pusingan kedua liga Juara-Juara, di mana City mendahului 5-3 dari perlawanan pertama.

“Jika saya tidak memenangi kejuaraan, saya tidak akan berada di sini untuk satu tempoh yang lama,” akui Guardiola.

“Menjadi seorang pengurus bergantung kepada keputusan tetapi saya sentiasa percaya keputusan itu bergantung kepada cara anda bermain. Kerana itu saya perlu diyakinkan dengan cara kami bermain lebih baik setiap hari.

“Saya tahu bagaimana selepas enam, tujuh bulan di sini, dengan tempoh yang sama di Barcelona dan Bayern Munich.

“Kami akan dinilai dari keputusan, dan mereka yang menganalis­a perlawanan dan apa yang telah kami lakukan sepanjang musim. Dengan tanpa kejuaraan, ia sememangny­a bukan musim yang bagus.

Guardiola memenangi 14 trofi dalam empat musim sebagai jurulatih Barcelona dan tujuh trofi dalam tiga musim di Bayern Munich.

Tetapi beliau mencadangk­an bahawa masa beliau di Bayern dianggap ‘bencana’ kerana tidak memenangi trofi Liga Juara-Juara, walaupun mereka adalah juara Bundesliga Jerman pada setiap musim.

“Tempoh saya di Munich dianggap satu bencana kerana kami tidak dapat memenangi Liga Juara-Juara,” kata beliau.

“Saya memenangi tiga kejuaraan liga berturut-turut, dua trofi piala, kami juga melangkah ke separuh akhir dan final tetapi ia masih dianggap satu bencana. Jadi saya harus menanganin­ya.

“Saya tahu bagaimana standard telah ditetapkan dengan memenangi kejuaraan dan saya tahu apa beban di bahu saya. Saya harus menanganin­ya.

“Apa yang menariknya ialah pemain pada bulan lepas menunjukka­n mereka mempunyai semangat yang baik tetapi apa yang pasti saya akan dinilai dengan kejuaraan yang kami menangi.” — AFP

 ??  ?? CONTE
CONTE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia