Utusan Borneo (Sarawak)

Juve menjarakka­n diri di puncak liga

Juara bertahan itu menang 2-1 ke atas AC Milan dengan gol penalti kontrovers­i

-

MILAN, Itali: Juventus menjarakka­n kedudukan di singgahsan­a Serie A Itali dengan kelebihan 11 mata Jumaat lepas apabila satu tendangan penalti meragukan memastikan kemenangan 2-1 ke atas AC Milan, yang juga kemenangan ke-31 berturut-turut di tempat sendiri.

Juara bertahan itu kelihatan terpaksa akur dengan satu mata menentang musuh lama, yang pernah mengejutka­n Juventus 1-0 di San Siro pada awal musim, selepas Carlos Bacca mengikat gol pembukaan Medhi Benatia untuk Juventus.

Tetapi pada minit akhir, Milan kehilangan Jose Sousa kerana kad merah selepas melakukan tindak balas ke atas Kwadwo Asamoah sebelum Mattia De Sciglio tertampan bola dengan tangan, menyebabka­n pengadil memberikan satu tendangan penalti.

Paulo Dybala menyempurn­akan tendangan untuk menewaskan penjaga gol Gianluigi Donnarumma, yang beraksi tangkas sebelum ini, untuk gol kemenangan.

Tiga mata membolehka­n Juventus membuat persediaan lebih yakin untuk perlawanan

Perlawanan sudah berakhir. Saya sudah berada dalam terowong pemain dan saya tidak mahu melihat tendangan itu. Massimilia­no Allegri Jurulatih Juventus

Liga Juara-Juara menentang FC Porto pada pertengaha­n minggu, di mana mereka mendahului 2-0 dari perlawanan pertama.

Jurulatih Juventus, Massimilia­no Allegri mengakui beliau tidak melihat tendangan penalti kemenangan itu.

“Perlawanan sudah berakhir. Saya sudah berada dalam terowong pemain dan saya tidak mahu melihat tendangan itu,” kata Allegri.

“Jurulatih Milan, Vincenzo Montella cuba mengenepik­an tendangan penalti kontrovers­i itu, yang menyebabka­n kemarahan beberapa pemainnya.

“Saya tidak mahu bercakap tentang pengadil tetapi ada perbezaan besar di antara satu tendangan penalti pada minit ke-10 dan minit ke-95,” kata beliau.

Juventus mengalami kekecewaan awal apabila penyerangn­ya, Mario Mandzukic tidak sihat semasa sesi memanas badan.

Tetapi mereka membuka jaringan pada minit ke-30 apabila Benatia menerima umpanan Dani Alves sebelum melakukan rembatan menewaskan Donnarumma.

Kekalahan menyebabka­n Milan kekal di tangga ketujuh, 20 mata di belakang Juventus dan tujuh mata di belakang slot kelayakan terakhir Liga JuaraJuara. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? GOL!!: Mehdi Benatia meraikan gol jaringan bersama Paulo Dybala pada perlawanan tersebut.
— Gambar Reuters GOL!!: Mehdi Benatia meraikan gol jaringan bersama Paulo Dybala pada perlawanan tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia