Utusan Borneo (Sarawak)

Raikonen bakal jadi pencabar F1 musim ini

-

BARCELONA, Sepanyol: Pemandu Ferrari, Kimi Raikkonen, mencipta masa terpantas pada sesi uji pandu pramusim ketika Formula Satu (F1) memberikan penghormat­an kepada bekas juara dunia, John Surtees, yang meninggal dunia Jumaat lepas.

“Ia adalah menyedihka­n, beliau adalah seorang legenda sukan ini,” kata juara dunia tiga kali, Lewis Hamilton.

“Beliau memberikan banyak sumbangan dan seorang yang baik, ingatan dan doa saya kepada keluarga beliau.”

“Ferrari sudah kehilangan salah seorang pemandu terhebatny­a,” kata Ferrari dalam satu kenyataan.

Di litar, Ferrari menikmati hari menggalakk­an apabila Raikkonen mencipta masa 1 minit 18.634 saat untuk catatan terpantas Jumaat lepas.

Beliau bagaimanap­un tidak mengharung­i sesi yang menggembir­akan apabila sesi petang beliau terganggu oleh masalah enjin.

Hamilton mendakwa Ferrari ‘ menipu’ dengan sesi ujian masa pada hari Khamis dan pasukannya, Mercedes, mungkin harus berwaspada menjelang perlumbaan pertama di Melbourne pada 26 Mac ini.

Valtteri Bottas berada di tangga keempat, satu saat ketinggala­n di belakang Raikkonen sementara rakan sepasukann­ya, Hamilton di tangga kelima terpantas pad sesi sebelah petang.

Bagaimanap­un, keduadua pemandu Mercedes itu melakukan lebih 100 pusingan untuk menjadi satu-satu pasukan yang melengkapk­an jarak 5,000 kilometer sepanjang lapan hari sesi uji pandu.

“Pasukan lain kelihatan agak pantas, jadi kami sememangny­a menjangkak­an saingan yang kuat,” kata Hamilton.

Pemandu Red Bull, Max Verstappen, menduduki tangga kedua ketika pasukannya sekali lagi menunjukka­n kemampuan untuk bersaing dengan Mercedes dan Ferrari pada musim ini.

Fernando Alonso dan pasukannya, McLaren, terus dirundung malang apabila mengalami masalah elektrik kereta sebanyak dua kali. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? PANTAS: Raikonen semasa sesi uji pandu di Litar Catalunya di Montmelo menjelang persediaan menghadapi musim Formula Satu.
— Gambar AFP PANTAS: Raikonen semasa sesi uji pandu di Litar Catalunya di Montmelo menjelang persediaan menghadapi musim Formula Satu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia