Utusan Borneo (Sarawak)

Pemilik PSG tetap menyokong Emery

-

PARIS, Perancis: Jurulatih Paris Saint Germain (PSG), Unai Emery menerima ‘sokongan penuh’ dari pemilik kelab dari Qatar Jumaat lepas walaupun pasukannya dimalukan 1-6 pada perlawanan kedua pusingan kedua Liga Juara-Juara oleh Barcelona pada pertengaha­n minggu.

“Unai mempunyai kualiti yang kami percaya. Beliau mempunyai sokongan penuh dari saya,” kata presiden yang juga pemilik PSG, Nasser Al- Khelafi ketika memberitah­u akhbar Le Parisien.

“Bersama beliau, kami akan membincang­kan perubahan yang diperlukan pada penutup musim. Kami akan bekerja untuk memberikan isyarat terkuat yang akan menunjukka­n cita-cita hebat kami.”

Barcelona mengatasi kekalahan 0-4 dari perlawanan pertama untuk menang 6-5 secara agregat di Nou Camp Rabu lepas dan melangkah ke suku akhir dalam kebangkita­n terhebat dalam sejarah kejohanan.

Walaupun kekalahan mengecewak­an di Sepan- yol, Al-Khelafi menegaskan PSG masih dapat menarik beberapa pemain terbaik dunia ke kelab itu.

“Kami masih memiliki stadium hebat dengan suasana luar biasa,” tambah beliau.

“Kami mempunyai citacita untuk membina pusat latihan terbaik di dunia dalam beberapa tahun akan datang.”

Kekecewaan kekalahan kepada Barcelona masih membara Jumaat lepas dengan pengurusan PSG percaya pasukannya dikecewaka­n oleh pengadil yang memberikan dua tendangan penalti dalam separuh masa kedua kepada Barca. — AFP

 ??  ?? EMERY
EMERY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia