Utusan Borneo (Sarawak)

Kayla tempah pertemuan dengan Muguruza

-

INDIAN WELLS, Amerika Syarikat (AS): Pemain remaja tuan rumah, Kayla Day, mengejutka­n Mirjana Lucic-Baroni, pemain yang melangkah ke peringkat separuh akhir Terbuka Australia, untuk menempah pertemuan menentang juara Terbuka Perancis, Garbine Muguruza.

Day, 17, menewaskan Lucic-Baroni 6-4, 5-7 dan 7-5.

Lucic-Baroni mempunyai mata akhir tetapi Day, yang memenangi kejuaraan remaja di Terbuka AS tahun lepas, berjaya bertahan sebelum mencipta kemenangan bersejarah.

“Ia adalah perlawanan sengit sepanjang perlawanan. Saya fikir saya mula percaya saya boleh menang apabila mendahului 6-5 pada set ketiga. Ia adalah perlawanan yang sukar kerana ia sengit di akhir perlawanan tetapi pukulan servis saya memberi masalah kepada beliau, jadi saya tahu jika saya mengekalka­n rentak permainan yang saya, maka saya boleh menang.”

Day tidak sabar dengan cabaran Muguruza, pilihan ketujuh kejohanan dari Sepanyol, yang menewaskan Kirsten Flipkens dari Belgium 6-2 dan 6-3.

Muguruza mengawal permainan apabila mendahului 5-0 pada set kedua sebelum Flipkens bangkit seketika.

“Ia sentiasa sukar untuk menamatkan perlawanan pertama anda,” kata Muguruza. “Beliau seorang pemain berkata dan dengan corak permainan berbeza dan menyebabka­n saya berasa sedikit cemas.”

Pada perlawanan lain, Johanna Konta mengenepik­an cabaran Heather Watson 6-4 dan 6- 4 pada pertarunga­n dua pemain Britain untuk melangkah ke pusingan ketiga. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia