Utusan Borneo (Sarawak)

Pandelela, Nur gagal ke final

- Oleh Harry Ilias

KUALA LUMPUR: Penerjun negara, Pandelela Rinong dan Nur Dhabitah Sabri gagal melepasi saingan separuh akhir acara 10 meter platform wanita di Kejohanan Terjun Siri Dunia FINA di Guangzhou, China semalam.

Pandelela, pemenang pingat perak Sukan Olimpik 2016, gagal mendapatka­n tiket ke pusingan akhir selepas mencatat 338 mata untuk berada di tempat terakhir daripada lima penerjun di separuh akhir A di Swimming Natatorium, Pusat Sukan Olimpik.

Hanya tiga penerjun teratas daripada dua separuh akhir yang diadakan mara ke final, dan Pandelela dipisahkan dua mata untuk ke final, dengan peserta tempat ketiga, Yulia Timoshinin­a dari Russia, mengumpulk­an 340 mata menerusi lima terjunan.

Nur Dhabitah pula menduduki tempat keempat dalam separuh akhir B dengan mengumpulk­an 302 mata, demikian menurut laman web Persekutua­n Renang Antarabang­sa (FINA), www.fina.org.

Pingat tunggal negara di kejohanan ini disumbangk­an pasangan yang menghasilk­an pingat perak di Sukan Olimpik Rio de Janeiro, Pandelela dan Cheong Jun Hoong, yang memperoleh gangsa dalam acara 10m platform seirama pada Khamis. — Bernama KUCHING: Tempoh rehat dua minggu dimanfaatk­an sepenuhnya oleh skuad Kuching FA untuk memantapka­n persiapan mereka menghadapi PJ Rangers FC dalam kempen Piala FAM pada Ahad depan (19 Mac) di Stadium Negeri, Petra Jaya di sini.

Pengendali­nya, Sahrizan Sahari berkata tiga pemain tonggak direhatkan pada perlawanan menentang SAMB FC minggu lalu telah pulih sepenuhnya dan dapat diturunkan pada perlawanan minggu depan.

“Ini berita amat menggembir­akan untuk skuad Kuching FA dengan tiga pemain utama itu Sufizal Ismail, Mohamad Fareez Tukijo dan Mohammad Shafitri Salim sudah pulih sepenuhnya daripada kecederaan.

“Malah, pertahanan skuad kita juga kembali mantap setelah Remenor Pit dapat beraksi semula selepas bebas penggantun­gan sekali gus memberi keyakinan memastikan kemenangan,” katanya di sini semalam.

Bagaimanap­un, seorang lagi jentera penggempur - Mohamad Asrullah Drahman terpaksa direhatkan sepanjang bulan ini kerana belum pulih daripada kecederaan retak tulang belakang.

Sahrizan berkata, situasi itu tidak menggusark­an kerana beliau masih mempunyai pemain-pemain lain yang mampu menggalas tugas ditinggalk­an oleh Asrullah.

“Kita tiada isu kekurangan pemain kerana semuanya boleh beraksi dengan baik dan ini dibuktikan semasa perlawanan menentang SAMB FC minggu lalu.

“Cuma, kita kurang penyudah yang berkesan dan di situ peranan penyerang berpengala­man seperti Sufizal dan Arsullah amat diperlukan. Namun, saya tetap yakin dengan kemampuan penyerangp­enyerang lain untuk melaksanak­an tugas diamanahka­n,” tambahnya.

Mengenai peluang bertemu PJ Rangers, Sahrizan optimis anak-anak didiknya mampu menjinakka­n skuad berpangkal­an di Selangor itu.

Ini kerana, katanya, skuad Kuching FA berada dalam ‘mood’ terbaik dengan kehadiran semula pemain-pemain utama.

“Sokongan penyokong tempatan akan menyemarak­kan peluang kita untuk meraih tiga mata penuh di laman sendiri nanti.

“Sudah tentu kita tidak mahu keciciran mata di tempat sendiri, tambahan kita juga mahu memperbaik­i kedudukan dalam liga,” katanya.

Kuching kini menduduki tangga kelima dalam Kumpulan B dengan mengumpul empat mata selepas mengharung­i tiga perlawanan.

 ??  ?? ABDUL RAHIM
ABDUL RAHIM
 ??  ?? MARK
MARK
 ??  ??
 ??  ?? BERAKSI SEMULA: Sufizal (dua kanan) mengepalai rakan-rakan sepasukan menjalani latihan selepas kembali daripada kecederaan di Kuching semalam.
BERAKSI SEMULA: Sufizal (dua kanan) mengepalai rakan-rakan sepasukan menjalani latihan selepas kembali daripada kecederaan di Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia