Utusan Borneo (Sarawak)

Seramai 217 peserta menyertai Sibu Tower Run 2017

-

SIBU: Sibu Tower Run 2017 julung kalinya diadakan di sini menarik seramai 217 orang peserta dari seluruh negeri ini.

Peserta dikehendak­i berlari sejauh lima kilometer sekitar Dataran Bandar Sibu sebelum menaiki sebanyak 627 anak tangga sehingga tingkat 28, Wisma Sanyan yang merupakan bangunan tertinggi di Sarawak.

Pengerusi Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Dudong, Datuk Tiong Thai King telah menyempurn­akan pelepasan peserta jam 6.30 pagi semalam.

Berucap pada larian itu, Tiong berkata Sibu Tower Run 2017 merupakan acara pertama diadakan sempena Tahun Melawat Sibu (TMS) 2017.

“Justeru, saya ingin mengambil kesempatan mengucapka­n terima kasih kepada semua terlibat menjayakan Sibu Tower Run 2017 terutamany­a peserta.

“Kami sangat teruja kejayaan acara ini dan berharap menjadi acara tahunan bagi Sibu dan kawasan tengah ini.

“Sibu Tower Run menjadi satu lagi program menarik perhatian pelari tempatan dan luar negara,” katanya sambil memberitah­u lebih banyak program diadakan selepas ini sempena TMS 2017.

Beliau berharap penduduk Sibu dan kawasan tengah mengambil bahagian secara aktif dalam semua program supaya TMS 2017 menjadi peristiwa penting bagi Sibu dan Sarawak.

Sementara itu, terdapat empat kategori dipertandi­ngkan iaitu veteran lelaki dan wanita, terbuka lelaki dan wanita.

Bagi kategori veteran wanita, Lee Leh Ha memenangi tempat pertama manakala Ling Mee Eng dan Hii Yieng Nyuk masing-masing memenangi tempat kedua dan ketiga.

Alex Tiong mengunggul­i kategori veteran lelaki manakala Kho Khoon Hiong di tempat kedua dan Ang Ming Chung (ketiga).

Mohd Feldarus Abdul Rahman memenangi tempat pertama kategori lelaki terbuka, manakala Chong Yen Boon di tempat kedua dan tempat ketiga dimenangi Hunsan Hasing.

Bagi kategori wanita terbuka, Tho Siaw Khim menjadi pemenang tempat pertama manakala Prescilla Inting memenangi tempat kedua dan tempat ketiga dimenangi Kong Hui Lan.

Juara kategori memenangi RM1,000, tempat kedua memenangi RM500, tempat ketiga memenangi RM300, tempat keempat dan kelima memenangi RM100 manakala tempat keenam hingga ke- 10 membawa pulang RM50 setiap seorang.

Turut hadir Timbalan Pengerusi MPS Rogayah Jemain, penganjur bersama Kaunselor Wong Hie Ping dan Danny Hii dari DNA Sport.

 ??  ?? PEMENANG: Tiong (berdiri tengah) serta kenamaan lain bersama pemenang kategori wanita terbuka Sibu Tower Run 2017 semalam.
PEMENANG: Tiong (berdiri tengah) serta kenamaan lain bersama pemenang kategori wanita terbuka Sibu Tower Run 2017 semalam.
 ??  ?? TERBAIK: Tiong (berdiri tengah) bersama pemenang kategori lelaki terbuka Sibu Tower Run 2017 di Sibu semalam.
TERBAIK: Tiong (berdiri tengah) bersama pemenang kategori lelaki terbuka Sibu Tower Run 2017 di Sibu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia