Utusan Borneo (Sarawak)

ASADIA galak lebih ramai wanita Dayak sertai kelas belajar sulaman manik

-

AKADEMI Persatuan Dayak Iban Sarawak (ASADIA) menggalakk­an penyertaan lebih ramai wanita Dayak dalam kelas belajar sulaman manik.

Ketua ASADIA, Mabong Unggang berkata kelas ini merupakan salah satu daripada program kendalian akademi dalam usaha memelihara seni warisan budaya masyarakat Dayak di negeri ini.

“Pihak akademi meneruskan kelas sulaman manik pada tahun ini untuk kaum wanita Dayak Iban mempelajar­i cara-cara membuat manik empang.

“Empang merupakan salah satu daripada pelengkap pakaian tradisiona­l wanita Iban yang digunakan untuk menarikan tarian ngajat Iban,” katanya.

Tambah Mabong, penampilan seseorang wanita dalam busana tradisiona­l wanita Iban menjadi tidak lengkap tanpa empang yang disulam daripada manik.

Sebab itu, katanya seni sulaman manik empang ini perlu dipertahan dan diwariskan kepada generasi muda masa kini yang akan menjadi penyambung warisan budaya masyarakat Dayak.

“Tahun lepas, kita dalam akademi juga telah menganjurk­an kelas belajar sulaman manik empang ini dan ada dari kalangan peserta sebelum ini telah berjaya menjual hasil tangan mereka.

“Inilah yang kita mahukan daripada peserta-peserta kita di mana selain menguasai kemahiran sulaman manik mereka juga dapat menjana pendapatan sampingan,” kata Mabong lagi.

Dalam pada itu kelas sulaman manik ASADIA yang pertama bagi tahun ini sedang berlangsun­g di Ibu Pejabat SADIA yang terletak di Kota Sentosa di Kuching.

Selain mempelajar­i cara-cara menyulam manik empang peserta juga diajar sulaman manik moden yang lain seperti gelang manik, rantai manik dan pelbagai lagi yang boleh dikomersil­kan.

Mabong dalam pada itu berharap lebih ramai wanita Dayak akan menyertai kelas belajar sulaman manik ini pada siri-siri yang akan datang nanti.

 ??  ?? SULAMAN MANIK: Peserta kelas belajar sulaman manik ASADIA sedang mempelajar­i cara-cara membuat empang Iban menggunaka­n manik di Ibu Pejabat SADIA di Kuching.
SULAMAN MANIK: Peserta kelas belajar sulaman manik ASADIA sedang mempelajar­i cara-cara membuat empang Iban menggunaka­n manik di Ibu Pejabat SADIA di Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia