Utusan Borneo (Sarawak)

Penuhi impian jadi cef

-

DALAM usaha mengurangk­an rasa ‘fobia’ kanak-kanak terhadap doktor dan rawatan di klinik atau hospital, Fakulti Perubatan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Terengganu mengadakan Program ‘Teddy Bear Hospital MediSZA’ di Kuala Nerus, baru-baru ini.

Program selama sehari yang dijalankan oleh pelajar tahun empat dan lima fakulti berkenaan memberi peluang kanakkanak di sekitar Kuala Terengganu mengenali peralatan perubatan yang digunakan dan jenis rawatan yang akan diberikan sekiranya mereka pergi berjumpa doktor di klinik atau hospital.

Dekan fakulti berkenaan, Prof Dr Nordin Simbak berkata menerusi program ini, para pelajar Fakulti Perubatan UniSZA akan membuat demonstras­i menggunaka­n peralatan yang biasa doktor gunakan ketika rawatan menerusi ‘teddy bear’ atau patung beruang kepunyaan kanakkanak berkenaan.

“Dengan cara ini kanak-kanak akan lebih memahami dan rasa takut untuk berjumpa doktor akan berkuranga­n selepas melihat sendiri bagaimana prosedur dan peralatan yang akan digunakan sekiranya mereka perlu ke klinik atau hospital untuk mendapatka­n rawatan.

“Cara ini juga sedikit sebanyak membantu golongan ibu bapa mengurangk­an kesulitan yang mereka hadapi ketika membawa anakanak mereka ke klinik dan hospital,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program tersebut di sebuah pusat beli-belah di Kuala Nerus baru-baru ini. Program itu dianjurkan dengan kerjasama Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dan pertubuhan bukan kerajaan, Islamic Medical Associatio­n of Malaysia Childs and Teens Super Team (IMACAT).

Pengarah Program, Nur Farahain Mustafa, 22, ketika ditemui berkata kira-kira 150 peserta termasuk ibu bapa dan kana-kanak berumur tiga hingga 12 tahun terlibat dalam program yang diadakan dari 9 pagi hingga 6 petang hari ini.

Katanya sebanyak sembilan seksyen diadakan yang mendedahka­n kepada kanak-kanak tersebut fungsi stetoskop, termometer, bagaimana makan ubat, teknik memberi bantuan pernafasan kecemasan (CPR), cara penggunaan berus gigi dan penjagaan gigi, pemakanan seimbang serta pengamalan gaya hidup yang sihat.

“Kita lihat kanak-kanak yang terlibat hari ini sangat ceria dan mereka teruja setiap kali diberi peluang ‘merawat’ sendiri ‘teddy bear’ kepunyaan mereka dengan peralatan yang digunakan ketika rawatan sebenar.

“Diharapkan dengan cara ini kanak-kanak akan lebih mengetahui fungsifung­si peralatan tersebut dan dapat membuang rasa takut mereka setiap kali berjumpa doktor untuk mendapatka­n rawatan,” katanya.

Sementara itu, seorang suri rumah, Azlina Mamat, 36, berkata program itu perlu diperluask­an ke kawasan lain di negeri ini kerana maklumat serta pendedahan yang diberikan sangat bermanfaat.

“Jika sebelum ini anak saya yang berumur empat tahun agak sukar untuk dibawa ke klinik sekiranya dia demam atau batuk, tapi selepas melihat pelbagai demonstras­i rawatan dan peralatan yang ditunjukka­n oleh para pelajar UniSZA, dia mungkin tidak susah lagi nak dibawa berjumpa doktor,” katanya. — Bernama WALAUPUN menghadapi sindrom lembam, namun Azfarul Hamizan Sumali, 20, berbangga kerana impiannya untuk menjadi cef akhirnya tercapai juga.

Beliau yang sering lupa dengan apa yang dipelajari­nya, namun dapat menamatkan pelajarann­ya sehingga menggengga­m segulung diploma kulinari pada Majlis Konvokesye­n Ke-6 Kumpulan Akademi Yayasan Negeri Sembilan (KAYNS), di Seremban baru-baru ini.

Anak kelahiran Sekinchan, Selangor ini turut merangkul Anugerah Graduan Terbaik Kategori Murid Berkeperlu­an Khas.

Azfarul Hamizan lebih berbangga kerana akan diterima bekerja di Restoran Rebung milik cef terkenal Datuk Ismail di Kuala Lumpur.

“Selain minat, kesusahan keluarga juga merupakan faktor pembakar semangat untuk saya berjaya. Saya terpaksa melalui kepayahan berbanding insan normal yang lain, tetapi ia agak berbaloi kerana kesusahan saya kini sudah berbayar,” kata anak kesembilan daripada 11 orang beradik ini kepada Bernama.

Beliau sempat memberi nasihat kepada ibu bapa yang mempunyai anak lembam agar tidak lekas berputus asa dalam memberi dokongan dan sokongan untuk menyerlahk­an bakat terpendam yang ada dalam diri anak-anak mereka.

“Saya memang minat memasak, tetapi ini telah diajar oleh ibu saya Nesrinaton Sidek sejak saya kecil lagi supaya kelak saya boleh berdikari sendiri. Inilah saya hari ini hasil didikan ibu bapa saya sejak dahulu lagi,” katanya apabila ditanya mengenai resipi kejayaanny­a. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? UNTUK ALBUM: Theiviya(tiga kiri), Saisai (empat kiri), Ashle(empat kanan) dan Casey (tiga kanan) bergambar kenangan bersama kanak- kanak Pusat Permata Kurnia selepas membuat lawatan ke pusat itu di Kuala Lumpur.
— Gambar Bernama UNTUK ALBUM: Theiviya(tiga kiri), Saisai (empat kiri), Ashle(empat kanan) dan Casey (tiga kanan) bergambar kenangan bersama kanak- kanak Pusat Permata Kurnia selepas membuat lawatan ke pusat itu di Kuala Lumpur.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia