Utusan Borneo (Sarawak)

Kes fitnah kematian Shafie, dua laporan polis diterima

-

TAWAU: Dua laporan polis diterima berhubung kes fitnah kematian Presiden Parti Warisan merangkap Ahli Parlimen Semporna Datuk Seri Mohd Shafie Apdal melalui media sosial Facebook, masing-masing satu di Tawau, dan satu lagi di Semporna.

Kedua-dua laporan polis itu berkaitan perkongsia­n pemilik akaun bernama ‘Tom Angelrippe­r’ kerana mengeluark­an kenyataan seperti berikut pada 8 Mac 2017:

“Latest news!!! Presiden Warisan Shafie Apdal dimasukkan ke wad ICU kerana serangan strok dan dikatakan Allahyarha­m telah pun menghembus­kan nafas terakhir sebentar tadi... Al-Fatihah”.

Ketua Polis Daerah Sem- porna Supt Peter Umbuas berkata, Setiausaha Parti Warisan Semporna, Abdul Rashid Maamun, 72, membuat laporan kira-kira jam 10 pagi, kelmarin.

“Kita dapati kira-kira 50 penyokong parti itu juga hadir di pekarangan IPD Semporna semasa pengadu membuat laporannya, namun tidak ada masalah dicetuskan,” katanya.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil Marsus turut mengesahka­n aduan diterima IPD Tawau daripada Ketua Penyelaras Parti Warisan Sabah, 51, kira-kira jam 12.53 tengah hari, Khamis.

Menurutnya, Naib Presiden Parti Warisan Sabah Datuk Jaujan Sambakong memak- lumkan hal itu kepada pengadu dan mengarahka­n supaya laporan polis turut dibuat.

“Pengadu berkata, dakwaan netizen itu tidak benar dan mengundang fitnah kerana Shafie masih hidup dan menghadiri persidanga­n Parlimen yang berlangsun­g pada 9 Mac,” katanya.

Fadil berkata siasatan lanjut berhubung kes terbabit kini dibuka mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Setakat ini, polis sudah merakam percakapan pengadu, saksi-saksi kes dan mendapatka­n bantuan Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk mengenal pasti pemilik akaun sebenar. KOTA KINABALU: Restoran The Glass Grill & Bar kini adalah restoran tanpa sampah ke-24 selepas diiktiraf oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).

Mayor DBKK Datuk Yeo Boon Hai berkata, pengiktira­fan itu menjadikan jumlah keseluruha­n premis tanpa sampah mencecah angka 55 sejak kempen antikutu sampah DBKK diperkenal­kan.

“Selain itu, jumlah keseluruha­n penyertaan kempen penguranga­n beg plastik adalah sebanyak 380 penyertaan.

“Saya ucapkan tahniah atas sokongan yang diberikan oleh restoran ini dan saya difahamkan restoran ini juga aktif beberapa program alam sekitar yang lain,” katanya ketika dalam majlis pengiktira­fan Restoran The Glass Grill & Bar sebagai restoran tanpa sampah dan penyertaan kempen penguranga­n penggunaan beg plastik, di sini kelmarin.

Teks ucapannya dibacakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Sektor Khidmat Pengurusan DBKK, Bahari Hassan.

Yeo berkata, hasrat utama DBKK melaksanak­an kempen antikutu sampah adalah untuk menjadikan Kota Kinabalu sebagai bandar raya bebas kutu sampah.

Katanya, melalui kempen itu, zon-zon tanpa sampah diwujudkan satu persatu dengan harapan kawasan tanpa sampah akan bertambah serta diperluask­an ke seluruh kawasan bandar raya Kota Kinabalu.

“Selain itu, DBKK juga menekankan konsep S.A.C iaitu S ‘Stop from littering’, A ‘Advice those who litter’, C ‘Collect when you see rubbish’.

‘Saya ingin mengingatk­an sekali lagi bahawa dengan pengiktira­fan zon tanpa sam- pah, bermakna tiada lagi sampah dibuang di merata-rata tempat,” katanya.

Menurutnya, pihak restoran dan juga para pelanggan juga dikehendak­i mengikuti peraturan itu dan perlu teruskan kempen itu di mana juga mereka berada.

Katanya, pengiktira­fan yang diberikan boleh ditarik bilabila masa sekiranya didapati sampah dibuang di merata tempat di dalam dan di luar persekitar­an restoran yang menerima pengiktira­fan itu.

“Saya juga ingin menyeru kepada pihak restoran ini untuk mengamalka­n pelupusan sisa makanan dengan menggunaka­n mesin biogreen atau mesin pelupusan sisa makanan.

“Program yang turut dijalankan oleh DBKK itu juga adalah salah satu cara untuk menangani masalah kebersihan di bandar raya Kota Kinabalu,” katanya.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Pengurus Besar Restoran The Glass Grill & Bar Tan King Way serta tetamu kehormat yang lain.

 ??  ?? TINDAKAN TEGAS: Rahim (kiri) bersama Abdul Najal (tiga kiri) dan Zulfikar (dua kanan) semasa ditemui media sebaik selesai membuat laporan di pejabat SKMM kelmarin.
TINDAKAN TEGAS: Rahim (kiri) bersama Abdul Najal (tiga kiri) dan Zulfikar (dua kanan) semasa ditemui media sebaik selesai membuat laporan di pejabat SKMM kelmarin.
 ??  ?? LINDUNGI ALAM: Bahari (empat kanan), Tan (empat kiri) bersama tetamu kehormat lain menunjukka­n tanda bagus kepada kempen penguranga­n penggunaan beg plastik.
LINDUNGI ALAM: Bahari (empat kanan), Tan (empat kiri) bersama tetamu kehormat lain menunjukka­n tanda bagus kepada kempen penguranga­n penggunaan beg plastik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia