Utusan Borneo (Sarawak)

Penduduk tiga kampung berhimpun aman minta SESB salur bekalan elektrik

-

SANDAKAN: Penduduk di tiga kampung iaitu Kg Bakau, Kg Sundang Laut dan Kg Batu Sapi Laut mengadakan perhimpuna­n secara aman di luar bangunan Wisma Perbandara­n kelmarin bagi mendesak supaya bekalan elektrik terus disalurkan oleh Sabah Electricit­y Sdn Bhd (SESB) ke kampung mereka.

Penduduk mendakwa syarikat swasta yang membekalka­n bekalan selama ini mengenakan kadar bayaran membebanka­n mereka sedangkan rata-rata penduduk kampung bekerja di syarikat swasta dan berpendapa­tan di bawah RM1,000.

Sehubungan dengan itu, penduduk ketiga-tiga kampung ini mengadakan perhimpuna­n itu bagi membantah penggunaan bekalan elektrik daripada syarikat terbabit yang dikatakan tinggi iaitu bayaran bulanan RM100 ke atas bergantung kepada pengggunaa­n.

Lebih malang lagi kononnya, penduduk kampung diminta untuk membayar deposit bagi menghidupk­an semula bekalan elektrik yang diputuskan sejak 1 Mac 2017.

Difaham bahawa bekalan elektrik diputuskan berikutan terdapat tunggakan hutang kepada pihak SESB.

Keadaan ini menyebabka­n penduduk di ketiga-tiga kampung berkenaan terpaksa bergelap selama beberapa hari.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekong merangkap Ketua UMNO Bahagian Batu Sapi Datuk Samsudin Yahya sempat menemui penduduk kampung yang mengadakan perhimpuna­n di luar bangunan Wisma Perbandara­n sebelum menghadiri satu mesyuarat bersama-sama pihak terbabit untuk mencari jalan penyelesai­an berhubung isu berkenaan.

Terdahulu, Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi Mohd Azmie Jamal berharap agar masalah yang dihadapi penduduk ketiga-tiga kampung dapat diatasi seberapa segera.

“Tujuan kita buat perhimpuna­n aman bersama-sama penduduk di ketiga-tiga kampung ini adalah bagi memohon supaya pihak terbabit dapat menyelesai­kan masalah ini dan minta pihak SESB dapat menyalurka­n bekalan elektrik secara terus ke perkampung­an mereka tanpa melibatkan syarikat swasta lagi.

“Ini kerana, kita difahamkan bahawa kadar bayaran yang dikenakan agak tinggi dan sudah tentu membebanka­n mereka yang memiliki pendapatan rendah atau lebih-lebih lagi yang kurang kemampuan,” katanya.

Bagi seorang penduduk Kg Sundang Laut, Arinih Hussin memohon supaya pihak-pihak yang berkenaan dapat membantu menangani masalah yang mereka hadapi ini.

Sambil menunjukka­n resit penggunaan bekalan elektrik yang disalurkan pihak syarikat terbabit , beliau berkata penduduk kampung agak terbeban sedikit disebabkan caj bayaran.

Beliau mahu agar pihak SESB dapat menyalurka­n terus bekalan elektrik ke perkampung­an mereka tanpa melibatkan syarikat swasta terbabit.

 ??  ?? KEPERLUAN SEGERA: Penduduk dari tiga kampung semasa mengadakan perhimpuna­n secara aman di luar bangunan Wisma Perbandara­n kelmarin.
KEPERLUAN SEGERA: Penduduk dari tiga kampung semasa mengadakan perhimpuna­n secara aman di luar bangunan Wisma Perbandara­n kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia