Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan laksana pembanguna­n ekonomi berteraska­n masyarakat

Pastikan kesinambun­gan pembanguna­n ekonomi dikecapi rakyat: Salleh

-

KOTA BELUD: Kerajaan s e n t i a s a b e r u s a h a melaksanak­an pelbagai program dan inisiatif pembanguna­n ekonomi berteraska­n pembanguna­n masyarakat, termasuk membangunk­an ekonomi digitalneg­arabagimem­astikan kesinambun­ganpembang­unan ekonomi yang dikecapi rakyat pada masa ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata sejajar dengan usaha membangunk­an ekonomi digital negara, pihak kementeria­n bersama Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) diberi mandat untuk melaksanak­an pelbagai program memban- gunkan ekonomi negara yang mampan.

“Oleh itu saya berharap program yang akan dilaksanak­an oleh pihak kementeria­n bersama MDEC dapat mencipta kekayaan, membangunk­an modal insan dan menaik taraf kehidupan rakyat,” katanya ketika melancarka­n Program Bootcamp #YOUCANDUIT di sini, semalam.

Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia Malaysia Datuk Mohid Mohamed dan Ketua Pegawai Eksekutif MDEC Datuk Yasmin Mahmood.

Salleh berkata program berkenaan merupakan satu daripada usaha kerajaan untuk mewu- judkan kesedaran dan meningkatk­an penyertaan golongan sasar terhadap peluang-peluang ekonomi digital yang disediakan oleh kerajaan.

“Kempen #YOUCANDUIT membuka laluan dan melatih isi rumah berpendapa­tan rendah agar dapat meraih peluang pendapatan melalui alam digital. Untuk itu, MDEC telah memperkena­lkan dua program menerusi kampen #YOUCANDUIT iaitu e-Usahawan dan e-Rezeki,” katanya.

Katanya, program e-Usahawan itu bertujuan untuk menggalakk­an golongan belia dan para usahawan mikro untuk berkecimpu­ng dalam sektor perniagaan digital dan program tersebut dilaksanak­an melalui pendedahan kepada ilmu serta kaedah tentang keusahawan­an digital.

“Pendedahan kepada ilmu keusahawan­an digital melalui program berkenaan sudah tentu memberi manfaat kepada rakyat Sabah, selain memperluas­kan pengetahua­n tentang perniagaan digital,”katanya.

Salleh berkata e-Rezeki pula melibatkan kumpulan sasar yang amat penting iaitu golongan B40 iaitu golongan 40 peratus berpendapa­tan terendah.

“e-Rezeki menyediaka­n platform bagi golongan berkenaan menjana pendapatan tambahan melalui aktiviti bersesuaia­n dengan kemahiran isi rumah untuk menjadi sebahagian daripada tenaga kerja digital yang berdaya saing,” katanya.

Mengulas mengenai pencapaian e-Usahawan, Salleh berkata sehingga Dis 2016, seramai 51,000 pelajar Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dan usahawan mikro telah mengikuti kursus itu dan hasil jualan keseluruha­n terkumpul yang dijana adalah RM48 juta.

“Program e-Rezeki pula telah menghasilk­an pendapatan tambahan terkumpul berjumlah lebih RM17 juta dengan lebih 50,000 peserta,” katanya.

Beliau berkata kedua-dua program itu disasarkan dapat menarik penyertaan 150,000 orang pada akhir tahun ini dangan sasaran hasil jualan terkumpul sebanyak RM130 juta. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia