Utusan Borneo (Sarawak)

Pergerakan Pemuda Wira Warisan bantah fitnah terhadap Shafie Apdal

-

KOTA KINABALU: Pergerakan Pemuda Wira Warisan membantah sekeras-kerasnya tindakan sesetengah pengguna media Facebook yang memuat naik tohmahan tidak benar terhadap Presiden Parti Warisan Datuk Seri Shafie Apdal.

Wakil Pergerakan Pemuda Wira Warisan Rahim Matnin berkata tohmahan yang dilihat tidak bertanggun­gjawab berkenaan boleh menjejaska­n perpaduan dalam kalangan rakyat Sabah yang berbilang kaum.

Katanya, perkara itu dikesan melalui pemilik akauan Facebook ‘Tom Angelrippe­r’ yang memuat naik status mendakwa Shafie sekarang berada di Unit Kecemasan dan sudah meninggal dunia.

“Tindakan ini dilihat tidak sepatutnya dilakukan oleh pemilik akaun berkenaan berikutan perbuatan ini salah di sisi undang-undang, tambahan pula ketika status itu dimuat naik, Shafie sedang menghadiri persidanga­n Parlimen di Kuala Lumpur,” katanya.

Tambahnya, beliau juga ingin mengambil kesempatan untuk menolak andaian yang mengatakan Parti Warisan adalah sebuah parti lanun dan tertumpu kepada kaum tertentu sahaja.

“Saya ingin menegaskan bahawa Parti Warisan adalah sebuah parti yang mempunyai ahli berbilang kaum dan bertujuan menyatupad­ukan rakyat Sabah yang berbilang kaum.

“Oleh itu saya minta kepada pihak tidak bertanggun­gjawab agar menghentik­an tohmahan yang tidak relevan kerana kami tidak akan teragak-agak membawa perkara ini untuk tindakan pihak berkuasa,” katanya.

Sementara itu Timbalan Presiden Pertubuhan Graduan Suluk Sabah (PAGASA) Abdul Najal Puntung berkata pihaknya meminta agar pihak berkuasa termasuk polis dan Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan sewajarnya terhadap dua pemilik akaun Facebook termasuk ‘Tom Angelrippe­r’ dan ‘Justim Sagang’.

“Justim Sagang memuat naik status di dalam akauannya yang memperliha­tkan tindakan tidak sepatutnya kepada parti politik dan menyentuh sensitivit­i kaum Suluk.

“Kita sebagai rakyat berbilang kaum di Sabah sepatutnya mengelakka­n daripada meny- entuh isu-isu berbau perkauman bagi mengelakka­n perkara tidak diingini berlaku,” katanya sambil menambah pihaknya sudah membuat laporan polis berkenaan perkara itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu Khamis lalu.

Timbalan Presiden 1 Pertubuhan Angkatan Bersatu Pewaris Sabah (PEWARSA Kapt (Dr) Zulfikar Zulkifli berkata pihak berkuasa sepatutnya mengambil tindakan tegas terhadap segala tohmahan yang tidak sepatutnya dikeluarka­n pihak tidak bertanggun­gjawab.

“Kami menolak segala bentuk berita yang membawa kepada ketidakhar­monian kaum selain memuat naik status yang menghina kaum terutamany­a Bajau dan Suluk.

“Kita tidak mahu perbuatan ini merosakkan keadaan masyarakat Sabah yang unik dan kita mahukan agar warisan ini dapat diberikan sehingga kepada cucu-cucu kita pada masa akan datang,” katanya.

Tambahnya PEWARSA yang banyak dianggotai golongan muda akan memastikan perkara ini tidak berulang pada masa hadapan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia