Utusan Borneo (Sarawak)

Belia digesa rebut peluang disediakan kerajaan

-

TAWAU: Golongan belia di negeri ini digesa merebut peluang meningkatk­an kemahiran dalam pelbagai bidang melalui program yang disediakan oleh kerajaan.

Pembantu Menteri Pembanguna­n Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Datuk Hamisa Samat berkata, pelbagai program disediakan untuk melatih golongan belia terutamany­a lepasan sekolah sebagai tenaga pekerja mahir bagi memenuhi permintaan pasaran kerja dalam bidang berkemahir­an tinggi.

“Dengan kemahiran yang ada, mereka bukan sahaja boleh memenuhi permintaan dalam bidang pekerjaan, malah boleh menceburka­n diri dalam bidang keusahawan­an yang menjanjika­n pendapatan lumayan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Slot Demo Masakan Keluarga Sajetera Kampung Tuda Kalabakan, di sini.

Kira-kira 80 belia dan beliawanis telah menyertai program berkenaan yang merupakan anjuran Pejabat KEMAS Parli- men Kalabakan.

Menurutnya, persepsi negatif kononnya bidang kemahiran hanya untuk golongan kurang berjaya dalam akademik juga perlu dikikis kerana bidang kemahiran sebenarnya mampu memberikan pulangan pendapatan yang tinggi.

Hamisa yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu turut memuji usaha Pejabat KEMAS dalam mengendali­kan beberapa program yang melibatkan masyarakat luar bandar.

Ini jelas, peranan KEMAS amat penting bermula dari kelas dewasa dan kini mengasuh anak kecil bermula umur 2 tahun hinggalah kepada membangun ekonomi masyarakat.

“Masyarakat luar bandar diminta menghargai sumbangan dan peranan yang dimainkan oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) melalui pelbagai program bermula daripada pembanguna­n pendidikan peringkat prasekolah sehingga latihan vokasional dan perniagaan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia