Utusan Borneo (Sarawak)

Jumlah usahawan wanita Malaysia semakin meningkat: Irwan Serigar

Hasil pelbagai program kesedaran dan capaian dilaksanak­an kerajaan

-

KUALA LUMPUR: Jumlah usahawan wanita di Malaysia semakin meningkat sejak beberapa tahun kebelakang­an ini hasil pelbagai program kesedaran dan capaian yang dilaksanak­an oleh kerajaan.

Ketua Setiausaha Perbendaha­raan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah berkata minat dan penyertaan dalam kalangan wanita dalam keusahawan­an juga semakin menggalakk­an dengan pembabitan lebih besar dalam sektor baharu dan bukan tradisiona­l.

“Sejak kebelakang­an ini, kita melihat trend semakin ramai wanita memulakan perniagaan, namun belum ramai yang dapat merealisas­i pertumbuha­n dan skala yang sepatutnya.

“Wanita masih ketinggala­n dari segi kepimpinan perniagaan. Namun saya yakin ini akan berubah susulan semakin ramai usahawan wanita serta potensi yang mereka miliki,” katanya ke- pada pemberita di luar acara ‘ Global Mentoring Walk’ anjuran Persatuan Rantaian Keusahawan­an Wanita Bumiputera Malaysia (WENA).

Global Mentoring Walk merupakan sebahagian daripada pergerakan global yang memberi inspirasi menerusi pemen- toran kepada generasi muda yang semakin meningkat.

Dalam acara itu, pemimpin wanita terkemuka dengan pemimpin baharu berjalan bersama-sama dengan komuniti sambil membincang­kan cabaran dan kejayaan profesiona­l dengan matlamat mewujudkan hubungan pementoran.

Presiden WENA Nadira Yusoff berkata seramai 200 mentor dan mentee menyertai acara semalam.

“Acara itu merupakan siri kelima berlangsun­g di Malaysia, dan kali pertama disertai lelaki.

“Dengan kebanyakan mentee terdiri daripada generasi muda, perlu ada usaha bersepadu untuk memberikan mereka bimbangan yang diperlukan, menerusi pementoran,” katanya.

Beliau berkata pementoran sudah terbukti merupakan langkah penting dalam memastikan kejayaan dalam kerjaya. — Bernama KUALA LUMPUR: Korea Pavilion, disokong oleh KEPCO, akan menyertai Pameran Elektrik, Kuasa dan Tenaga Boleh Baharu Malaysia 2017 (EPRE Malaysia 2017) yang berlangsun­g di sini dari 1517 Mac.

KEPCO ialah syarikat utiliti elektrik terbesar di Korea Selatan yang bertanggun­gjawab bagi penjanaan, penghantar­an dan pembahagia­n elektrik dan pembanguna­n projek kuasa elektrik.

Syarikat tersebut akan mengambil bahagian dalam pameran itu bersama dengan 12 perusahaan kecil dan sederhana Korea Selatan termasuk Joongwon Electric Corporatio­n, Namsung Industries Co., Young- Hwa Industrial Electric Co. Ltd., Costal Corporatio­n, dan Dongnam Petroleum Ind. Co.

Pameran itu merupakan salah satu program yang disusun bagi syarikat korea untuk menembusi pasaran luar negara, demikian menurut satu kenyataan yang dikeluarka­n oleh BERNAMA Media Relations & Event Management sebagai mewakili EXMAOM Co., Ltd.

Ia merupakan peluang baik bagi meningkatk­an kesedaran tentang produk Korea di pasaran Malaysia dan membuktika­n kualiti tingginya serta merangsang pertumbuha­n sinergetik dengan PKS, kata kenyataan itu.

Korean Pavilion juga menyertai pameran dwitahunan itu pada 2015. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? UNTUK ALBUM: Irwan Serigar bergambar dengan para peserta selepas merasmikan ‘The Malaysian Global Mentoring Walk 2017’ di Taman Botani Perdana di Kuala Lumpur semalam.
— Gambar Bernama UNTUK ALBUM: Irwan Serigar bergambar dengan para peserta selepas merasmikan ‘The Malaysian Global Mentoring Walk 2017’ di Taman Botani Perdana di Kuala Lumpur semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia