Utusan Borneo (Sarawak)

MOA gesa belia rebut geran Program Agropreneu­r Muda

-

BALING: Hanya 10 peratus daripada RM100 juta geran yang diperuntuk­kan bagi Program Agropreneu­r Muda digunakan sepanjang tiga bulan pertama tahun ini, kata Timbalan Menteri Pertanian, Industri dan Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Beliau berkata jumlah itu agak membimbang­kan kerana ia menunjukka­n bidang pertanian belum men- jadi pilihan utama golongan muda.

“Kita mahu golongan belia rebut peluang untuk mendapatka­n dan menggunaka­n geran tersebut.

“Tahun ini, seramai 3,000 belia disasarkan untuk dibangunka­n menerusi Program Agropreneu­r Muda sekali gus membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada mereka,” katanya kepada pemberita selepas merasmi- kan Seminar Agropreneu­r Muda Parlimen Baling di Kompleks Rakan Muda Baling semalam.

Turut hadir Ahli Parlimen Baling Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, Ketua Puteri Baling Suriyati Che Nik dan kira-kira 200 peserta seminar itu.

Tajuddin berkata antara langkah proaktif MOA adalah dengan menarik penglibata­n belia di neg- eri- negeri yang mempunyai potensi tinggi dalam sektor pertanian.

“Baling adalah kawasan berpotensi tinggi dalam bidang pertanian. Untuk itu, kita mahu golongan belia di kawasan ini menggunaka­n peluang itu dengan menerokai bidang ini yang mampu memberi pulangan yang lumayan,” katanya.

Sebagai langkah awal, katanya seramai 72 Agropreneu­r Muda di Parlimen Baling mendapat bantuan geran berjumlah RM1.2 juta melalui program itu.

Menurutnya program Agropreneu­r Muda yang dilaksanak­an dari September 2013 hingga Disember 2016 dengan jumlah bantuan sebanyak RM62.88 juta telah memberi manfaat kepada 2,032 usahawan muda pertanian di seluruh negara.

Sementara itu, Tajuddin menegur pihak pengurusan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) di beberapa kawasan tertentu yang gagal membantu memasarkan pengeluara­n petani seperti mana yang dijanjikan.

“Kita menerima aduan daripada petani dari beberapa kawasan mengenai pengurusan FAMA. Saya akan lihat perkara ini dengan serius kerana sekiranya ia berterusan, ia akan membunuh semangat petani untuk mengusahak­an keluaran mereka,” katanya.

Seorang penerima geran itu, Mohd Shafie Ishak, 37, yang mengusahak­an tanaman durian belanda berkata bantuan sebanyak RM10,000 itu membolehka­nnya membeli 300 benih pokok durian belanda bagi tapak projek di Kampung Cherok Beras. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia