Utusan Borneo (Sarawak)

Ligno Biotech sasar catat pertumbuha­n 20 peratus setahun

-

KUALA LUMPUR: Ligno Biotech Sdn Bhd yang juga syarikat berstatus BioNexus, menyasarka­n untuk mencatat kadar pertumbuha­n tahunan sekurang-kurangnya 20 peratus pada masa akan datang.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Ng Szu Ting berkata jualan syarikat itu melonjak sebanyak 275 peratus daripada RM1.2 juta pada 2015 kepada RM4.5 juta pada 2016 selepas mengikuti bimbingan menerusi inisiatif program BioNext.

Menurutnya, daripada jualan RM4.5 juta tahun lepas, sebanyak RM3.58 juta diraih daripada pasaran eksport termasuk China, Jordan, Algeria dan Singapura.

Ligno Biotech yang memiliki kepakaran dalam pengeluara­n cendawan susu harimau atau Lignosus Rhinocerus, menghasilk­an tiga produk di bawah jenama Tigerus iaitu Tigerus TMM Sclerotia serta minuman Tigerus Tiggy Cocoa dan Tigerus TMM Tea.

“Menerusi program BioNext itu, kakitangan syarikat dibimbing oleh BDEC Resources Sdn Bhd iaitu perunding bimbingan pengurusan, khususnya dalam strategi pemasaran.

“Pelaksanaa­n aktiviti-aktiviti yang dicadangka­n itu memberi kami pendedahan konsisten dalam media di luar dan dalam talian, sekali gus meningkatk­an kesedaran mengenai prospek cendawan susu harimau dan jenama,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama pada taklimat perkembang­an syarikat itu kepada pihak Malaysian Bioeconomy Developmen­t Corporatio­n Sdn Bhd (Bioeconomy Corp) dan SME Corporatio­n Malaysia (SME Corp) pada Jumaat.

Syarikat itu kini meninjau peluang untuk menembusi pasaran eksport lain seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan Jepun.

Bagi kemajuan masa depan, Ligno Biotech merancang untuk meningkatk­an penge- luaran cendawan kepada lebih 800 kilogram ketika ini bagi memenuhi permintaan yang tinggi.

Syarikat itu juga merancang mengembang­kan pengeluara­n bagi produk-produk baharu serta meninjau kemungkina­n penyenarai­an di papan ketiga Bursa Malaysia.

BioNext adalah kerjasama antara Bioeconomy Corp dan SME Corp bagi memupuk serta mengintegr­asikan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang mencatat pertumbuha­n tinggi dalam sektor berasaskan bio ke dalam rantaian global menerusi program dan aktiviti strategik.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Bioeconomy Corp, Syed Agil Syed Hashim berkata setakat Disember tahun lepas, perbadanan itu berjaya membantu 277 syarikat berstatus BioNexus, termasuk 53 terbabit dalam penemuan serta pengkomers­ialan produk- produk asli.

“Kami telah memilih 20 syarikat yang berpotensi tinggi seperti Ligno Biotech untuk menyertai program BioNext,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp, Datuk Hafsah Hashim berkata program BioNext selama setahun itu amat berkesan dan dijangka dapat membantu melonjakka­n pertumbuha­n syarikat terbabit.

“Pemodenan dan landskap perniagaan kian berkembang dengan pesat. Dunia baharu kini lebih bertumpuka­n kepada aspek pemasaran dalam talian, proses pengautoma­si serta analisis data raya. Oleh itu, perniagaan perlu bersedia untuk seiring dengan cabaran pasaran ini,” katanya.

Mengulas cadangan penyenarai­an di papan ketiga Bursa Malaysia, Hafsah berkata pasaran baharu PKS yang namanya akan diumumkan kelak serta dilancarka­n selepas Hari Raya Aidilfitri tahun ini, akan membolehka­n kalangan PKS Malaysia memiliki akses kepada modal. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia