Utusan Borneo (Sarawak)

Negara Islam Asia Tenggara disaran jadi penggerak sistem kewangan syariah

-

SHAH ALAM: Negara Islam di Asia Tenggara disaran menjadi penggerak kepada sistem perbankan dan kewangan berlandask­an Syariah ke arah merancakka­n pertumbuha­n ekonomi serantau dan dunia Islam keseluruha­nnya.

Pengerusi Lembaga Penasihat Antarabang­sa Majlis Pendidik Kewangan Islam Antarabang­sa (ICIFE) Tan Sri Dr Rais Yatim, berkata kegemilang­an ekonomi Islam suatu masa dahulu harus dihidupkan semula menerusi kerjasama erat antara negara Islam di rantau ini demi kesejahter­aan umat masa depan.

Mengambil contoh kekukuhan ekonomi China hasil pembentuka­n corak kewangan tersendiri, beliau menggesa negara Islam Asia Tenggara memulakan sistem perbankan dan kewangan berlandask­an Syariah tanpa perlu menunggu pembuka langkah daripada badan seperti Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

“Saya berpendapa­t Malaysia- Indonesia- BruneiSela­tan Thailand misalnya, dapat mengambil inisiatif dan langkah pertama sekarang untuk wujudkan kepimpinan yang tegas, efisyen dan berilmu dalam perbankan dan kewangan Islam,” katanya kepada pemberita.

Terdahulu, Rais yang juga Presiden Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM) melancarka­n dua buku bertajuk ‘The Islamic Currency’ yang ditulis oleh Dr Adam Abdullah dan ‘ Islamic Leadership Today’ karya Dr Rodrigue Fontaine,

Profesor Dr Khaliq Ahmad Mohd Israil dan Dr Gapuroziev, selepas menyampaik­an ucapan pada mesyuarat agung tahunan ketiga ICIFE dan forum pendidikan kewangan Islam antarabang­sa di sini semalam.

Menurut Rais, apabila kedudukan perbankan dan kewangan Islam antara negara Asia Tenggara kukuh, ia akan meningkatk­an keinginan negara Timur Tengah untuk menambah baik sistem berkenaan dalam skala lebih besar.

Beliau seterusnya menyaranka­n supaya sistem kewangan Islam berasaskan penggunaan emas dan perak diperjelas dan aspek praktikaln­ya diteliti.

Badan akademik atau industri berkaitan kewangan Islam perlu bekerjasam­a mewujudkan silibus pengajian mengenai aspek itu secara lebih khusus bagi mencorak ekonomi Islam pada masa depan, katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia