Utusan Borneo (Sarawak)

AirAsia terima anugerah strategi pembayaran terbaik

-

KUALA LUMPUR: AirAsia Bhd menerima anugerah ‘Strategi Pembayaran Terbaik’ kerana mengendali­kan pembayaran yang mudah pada malam gala ‘Corporate Treasurer Awards 2016’ yang diadakan di Singapura pada Khamis.

Corporate Treasurer Awards mengiktira­f strategi perbendaha­raan dan kewangan terbaik Asia untuk keseluruha­n industri perbendaha­raan.

Dalam satu kenyataan kelmarin, AirAsia berkata syarikat membuktika­n operasi pembayaran mudahnya yang memberi fleksibili­ti bagi pelanggan yang menggunaka­n perkhidmat­an penerbanga­n syarikat itu.

“Fleksibili­ti ini adalah untuk memastikan jumlah transaksi yang dilakukan mengikut mata wang pilihan yang merangkumi Dolar AS, Sterling, Euro, Dolar Aus- tralia, Yen Jepun, Dolar Singapura dan banyak lagi,” kata Ketua Kumpulan Perbendaha­raan AirAsia Rozainol Bahari dalam satu kenyataan di sini kelmarin.

AirAsia terbang ke lebih 27 negara yang merangkumi 120 destinasi dan lebih daripada 250 laluan.

Menurut beliau, sebagai syarikat penerbanga­n tambang rendah terbesar di Asia, AirAsia memberi perkhidmat­an kepada pelbagai kategori pelanggan yang terbang setiap hari - untuk urusan perniagaan dan percutian - dari semua negara termasuk Thailand, China, Indonesia, India, Filipina dan Australia.

“Walaupun berbeza dari segi budaya, semua pelancong secara lazimnya mahukan khidmat yang sama iaitu transaksi yang lancar dan mudah. Salah satu khidmat utama kami ialah trek peribadi, dan kami telah melaksanak­an satu struktur yang menawarkan khidmat pilihan yang memudahkan pelanggan yang berasal dari pelbagai negara,” katanya.

Beliau berkata syarikat akan terus membuat pembaharua­n dalam perkhidmat­an untuk memberi kemudahan yang lebih baik kepada pelanggan dari seluruh dunia. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia