Utusan Borneo (Sarawak)

Peserta kali pertama menang peraduan reka bentuk perabot MIFF 2017

-

KUALA LUMPUR: Pereka hiasan dalaman yang juga peserta kali pertama, Victoria Pamela Yap Wei, telah memenangi Peraduan Reka Bentuk Perabot 2017 (FDC 2017) di Pesta Perabot Antarabang­sa Malaysia 2017 (MIFF 2017).

Set meja hasil warga Johor berusia 26 tahun itu yang bertema ‘The Able’ menewaskan 232 peserta lain untuk memenangi RM10,000 serta sebuah trofi dan sijil.

“Saya mendapat idea daripada tram terkenal di Hong Kong, ‘ding ding’, ketika saya mengunjung­i negara tersebut beberapa tahun lepas.

“Saya diberikan tema ‘The Able’ dan memutuskan untuk mencipta set perabot ‘semua dalam satu’, iaitu meja sisi yang boleh diubah kepada kerusi makan kanak-kanak,” katanya kepada Bernama pada majlis penyampaia­n hadiah MIFF 2017 di sini, kelmarin.

Set perabot itu terdiri daripada meja sisi berlaci, meja kayu getah yang boleh diguna sebagai meja sisi, unit kabinet tengah dan bangku kayu.

Yap, dengan pengalaman lima tahun dalam industri hiasan dalaaman berkata, beliau akan menyimpan wang hadiah itu untuk membuka perniagaan sendiri pada masa depan.

Tempat kedua dimenangi Zech Siew Ze Chon, 25, yang memperoleh RM5,000 untuk set meja makan Trapezoids manakala pemenang ketiga, Tan Ying Chi, 21, menerima RM2,500 untuk meja kopi yang diberi nama Eyelash.

Siew dan Tan juga menerima sebuah trofi dan sijil.

Sunny and Ker Furniture Industries Sdn Bhd dipilih sebagai Pembuat Prototaip Terbaik untuk reka bentuk Set Meja Makan Trapezoids oleh Siew.

FDC 2017, bertema ‘Table2Gath­er’, dibuka kepada pereka berbakat di bawah usia 30 tahun.

Majlis itu juga memberi Anugerah Persembaha­n Terbaik untuk kreativiti gerai dan pameran produk serta Anugerah Kecemerlan­gan Perabot untuk inovasi dan kualiti produk.

Ketua Setiausaha Ke- menterian Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Datuk Seri J. Jayasiri menyampaik­an anugerah terbabit. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? UNTUK ALBUM: Jayasiri (empat kiri) bergambar kenangan bersama para pemenang Malaysia Internatio­nal Furniture Fair (MIFF) 2017 di Kuala Lumpur kelmarin.
— Gambar Bernama UNTUK ALBUM: Jayasiri (empat kiri) bergambar kenangan bersama para pemenang Malaysia Internatio­nal Furniture Fair (MIFF) 2017 di Kuala Lumpur kelmarin.
 ?? — Gambra Bernama ?? TAHNIAH: Victoria bergambar bersama sijil dan piala selepas Majlis Penyampaia­n Hadiah Malaysia Internatio­nal Furniture Fair (MIFF) 2017 di Kuala Lumpr kelmarin.
— Gambra Bernama TAHNIAH: Victoria bergambar bersama sijil dan piala selepas Majlis Penyampaia­n Hadiah Malaysia Internatio­nal Furniture Fair (MIFF) 2017 di Kuala Lumpr kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia