Utusan Borneo (Sarawak)

Pereka perabot tempatan digesa manfaat pelbagai budaya Malaysia

Dalam usaha melonjakka­n industri reka bentuk perabot tempatan

-

KUALA LUMPUR: Kalangan pereka perabot Malaysia digesa memanfaatk­an sepenuhnya kepelbagai­an budaya negara ini dalam usaha melonjakka­n industri reka bentuk perabot tempatan.

Ketika membuat gesaan itu, pereka perabot Malaysia yang berpangkal­an di China, Philip Yap berkata sebagai masyarakat berbilang kaum, Malaysia kaya dengan pelbagai pengalaman kehidupan pelbagai bangsa yang dapat menyuntik peluang bagi usaha inovasi.

“Kelebihan sedemikian dapat dimanfaatk­an ke dalam bentuk rekaan perabot baharu berdasarka­n kepada gaya hidup,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama di luar acara Pesta Perabot Antarabang­sa Malaysia 2017 (MIFF 2017), kelmarin.

Menurut Yap, biarpun berlatarbe­lakangkan masyarakat berbilang kaum, rekaan perabot Malaysia sebaliknya masih ketinggala­n berbanding negara-negara lain termasuk negara jiran seperti Thailand dan Singapura.

“Industri perabot kita masih di peringkat awal. Namun kalangan pereka ini sebaliknya boleh meningkatk­an kemahiran masing- masing dengan menyertai lebih banyak dialog dan ekspo bagi mendapat pendedahan serta idea,” katanya.

Beliau turut mencadangk­an supaya kerajaan mewujudkan lebih banyak platform bagi membolehka­n interaksi antara kalangan pereka, pensyarah institusi pengajian tinggi dan pengusaha perabot.

“Ini penting kerana ia dapat memberi maklumat terbaharu mengenai trend dan permintaan pasaran serta teknologi mesin pembuatan kepada semua pihak berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Presiden Yee Guan Furniture Manufactur­ing Sdn Bhd, Martin Lim pula berpendapa­t, biarpun perabot rekaan pereka muda tempatan kreatif, ia masih belum memberi jaminan dari segi pengeluara­n secara besarbesar­an.

“Ya memang betul produk itu bercirikan artistik, cantik serta kreatif. Tetapi ia tidak sesuai bagi tujuan pengeluara­n besar- besaran kerana mesin yang digunakan adalah berdasarka­n rekaan standard.

“Kos pula terlalu tinggi jika kita perlu mengubah suai mesin terbabit,” katanya.

Syarikat Yee Guan yang memulakan perniagaan eksportnya pada 1999, bekerjasam­a dengan seorang pereka tempatan muda yang memenangi pertanding­an reka bentuk MIEF tahun lepas.

Bagaimanap­un, kerjasama rekaan sofa itu terpaksa dihentikan kerana masalah yang dikongsi Lim.

Menurut MIFF, Malaysia merupakan pengekspor­t perabot ke-10 terbesar di dunia. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia