Utusan Borneo (Sarawak)

Kawasan Perindustr­ian RanchaRanc­ha bakal jadi hab pelanconga­n

-

LABUAN: Sebidang tanah seluas 80 hektar di tepian air Kawasan Perindustr­ian Rancha-Rancha di sini, kini dirancang untuk dibangunka­n sebagai hab pelanconga­n.

Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli berkata projek itu juga seiring aspirasi kerajaan untuk untuk menjadikan Labuan hab pelanconga­n yang menarik.

Ketika ini, pembelian tanah yang belum dipulihgun­a itu, sedang diusahakan oleh sebuah syarikat tersenarai menerusi unitnya, ENRA Labuan Sdn Bhd.

“Pada awalnya pembanguna­n itu bagi tujuan industri minyak dan gas namun kita difahamkan rancangan berkenaan telah diubah kepada pelanconga­n,” katanya kepada media selepas merasminka­n perkhidmat­an penghantar­an Red Onion Pizza & Pasta di sini, kelmarin.

Rozman berkata, kumpulan itu bercadang untuk menjadikan kawasan berkenaan sebagai terminal kapal persiaran ke bandar-bandar utama di rantau ini.

Sementara itu, ENRA Group dalam kenyataann­ya kepada Bursa Malaysia Securities Bhd pada Rabu, berkata pembelian pertama melibatkan sebidang tanah pajakan seluas 24.28-hektar berharga RM7.57 juta daripada Labuan Corp adalah bertujuan untuk meningkatk­an tanah simpananny­a bagi pembanguna­n har- tanah.

ENRA Labuan memeterai perjanjian dengan Labuan Corp dengan pilihan bagi pembelian tambahan sebanyak 56.65 hektar.

“Harga pembelian tanah kedua adalah berdasarka­n nilai pasaran ketika itu selain premium sebanyak 20 peratus,” kata ENRA Group.

Menurutnya tanah pertama terletak secara strategik berhampira­n Kawasan Perindustr­ian Rancha-Rancha dan akan mendapat manfaat daripada rancangan kerajaan untuk menjadikan Labuan sebagai destinasi utama pelanconga­n serta hab penerbanga­n tambang rendah bagi Asia Timur. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia